Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said enggan masuk campur dalam sebarang urusan kemelut dalaman pasukan kelab T-Team ketika ini kerana sibuk dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sebaliknya, beliau menyerahkan kepada pihak pengurusan T-Team untuk menyelesaikan secara berhemah melibatkan kontroversi ketua jurulatih Peter James Butler dan pemain import George Boateng yang didakwa mengasari seorang jurugambar akhbar di sini.
Insiden tersebut berlaku ketika penyerahan surat ‘direhatkan’ daripada setiausaha kehormat Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBSDKT), Ali Embong kepada jurulatih itu pada Selasa lepas.
"Kita serahkan kepada pihak pengurusan sebab saya tidak mahu campur tangan dalam sibuk-sibuk pilihan raya ini.
"Saya tidak mahu membuat keputusan yang tergesa-gesa dan akhirnya akan memalukan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sepakat Komuniti 1Malaysia di Batu Hampar, Manir di sini hari ini.
Butler, yang juga pengurus pasukan, didakwa memaki dan menghalau jurugambar New Straits Times Press (NSTP), Tengku Mohd Syamim Tengku Ismail ketika gambarnya dirakamkan selepas jurulatih itu menerima surat direhatkan selama 30 hari daripada pihak pengurusan.
Boateng didakwa campur tangan dengan mencaci, menolak dan cuba merampas kamera jurugambar itu ketika sesi latihan pasukan itu di padang bola Kompleks Sukan Gong Badak, dekat sini.
Berikutan insiden itu, Tengku Mohd Syamim membuat laporan polis di balai polis Kuala Terengganu.
Butler dilapor direhatkan selama 30 hari, berkuat kuasa Isnin lalu. Meskipun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam apa juga aktiviti yang melibatkan pasukan, Butler tetap menerima imbuhan gaji dan elaun bulanan lain.
Tugasannya sebagai ketua jurulatih akan diambil sementara oleh penolong jurulatih, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor.
Bernama
Fri Apr 12 2013
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Bola tunggu dulu, sekarang masa PRU
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said enggan masuk campur dalam sebarang urusan kemelut dalaman pasukan kelab T-Team ketika ini kerana sibuk dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).