Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka menyaksikan satu usul menyokong pelantikan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal dibentangkan Isnin ini.
Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Zaini Othman menjelaskan, langkah itu penting bagi memastikan pengesahan rasmi dapat dilakukan bagi mengukuhkan kerajaan baharu Sabah yang dipilih melalui suara demokrasi rakyat.
"Saya rasa apa yang bakal dibincangkan nanti adalah memberi pernyataan secara rasmi pengukuhan kerajaan baru Sabah. Kemelut yang berlaku selepas pelantikan Tan Sri Musa Aman dan membawa pula kepada pelantikan Datuk Seri Shafie Apdal.
"Saya sudah pasti ia akan bakal dilakukan pada Isnin ini. Paling utama ialah untuk memberikan satu endorsement atau pengesahan untuk memperlihatkan sokongan masyarakat kepada Datuk Seri Shafie Apdal adalah satu sokongan yang kukuh," katanya semasa dihubungi Astro AWANI hari ini.
Muncul atau tidak?
Dalam pada itu, beliau tidak dapat meramalkan sama ada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman akan muncul atau tidak pada sidang khas berkenaan.
Bagaimanapun, beliau menjangkakan tiada kekecohan akan berlaku jika bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman muncul pada Sidang Khas Dun Sabah nanti.
"Mungkin dijangka wujudnya persoalan siapa Ketua Menteri Sabah yang sebenarnya, namun itu suatu yang tidak akan dibincangkan dalam dewan. Sebenarnya ia terkait dengan soal perundangan dan sebagainya. Bagaimanapun saya jangka tidak akan berlaku kekecohan," jelasnya lagi.
Kali terakhir kelibat Pengerusi UMNO Sabah dan juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu dilihat ialah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dipercayai untuk berlepas ke Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu.
Rahimah Abdullah
Sun Jun 10 2018
Dr Zaini Othman menjangkakan tiada kekecohan akan berlaku jika bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman muncul pada Sidang Khas Dun Sabah nanti. Gambar Fail
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
“Bukan makan minum sahaja, perkhidmatan ditawar & diguna juga perlu halal!”
Astro BIZOne beri jaminan siaran kandungan yang sah dan berkualiti tinggi untuk kepuasan pelanggan dan pemilik premis F&B.
COURTS teruskan program bubur lambuk bersama PPIM, umum kolaborasi eksklusif dengan Astro
Langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentuia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
Kempen 'Demi Rimba Kita': Pemanas badan Liga Malaysia seiring lindungi alam sekitar
Kempen hasil kerjasama Astro Arena dan Astro Kasih itu juga adalah sebagai pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2024.
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Hasil pemeriksaan pada Sabtu mendapati hampir 70 peratus pemilik perniagaan terbabit disyaki menayangkan kandungan Astro tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.
Selepas Terengganu, Ambang Ramadan Astro berkunjung ke Kelantan dan Pahang
Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang membuka tirai acara ini menerusi segmen Assalamualaikum Terengganu pada Jumaat.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.