"KITA perlu menyatakan pandangan, perlu bercakap mengenai perkara itu (isu kaum) tetapi ramai dalam kalangan ahli akademik tidak menyedari ruang yang disediakan."

Itu antara nasihat yang dikongsi tentang peranan mahasiswa dalam kalangan masyarakat oleh Profesor Universiti Sains Malaysia, Datuk Dr Ahmad Murad Merican kepada AWANI Review.

Ahmad Murad, pakar dalam teori sosial masyarakat yang melibatkan kaum, percaya bahawa kekaburan dalam kalangan akademik penting untuk mengembangkan kecerdasan mahasiswa.

Isu-isu kaum harus menjadi topik perbualan supaya lebih memahami budaya dan unsur-unsur kaum yang berlainan.

Beliau juga memberi peringatan kepada kumpulan intelek untuk menyatakan fikiran dan jangan melupakan hak sebagai ulama.

Kecerdasan mahasiswa penting untuk kebangkitan intelektual yang akan mendidik masyarakat tentang isu-isu sosial.

Itu antara intipati artikel yang diterbitkan di AWANI REVIEW berjudul USM Prof: Academics Need Not Fear to Speak Out.

Layari http://awanireview.com untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang peranan mahasiswa dan pengaruh sarjana kepada masyarakat.