Tutup

Cukup-cukuplah sokong BN selama 60 tahun - Anwar

Cukup-cukuplah sokong BN selama 60 tahun - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika program 'Dialog dengan Ketua-Ketua Batin Pos Betau' pada Khamis. - Foto Astro AWANI/Arfa Yunus
SUNGAI KOYAN: Selama 60 tahun, undi Orang Asli diberi kepada Barisan Nasional (BN), namun tidak banyak perubahan telah dibawa untuk mengubah nasib dan hidup orang asal.

Demikian ucapan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam program 'Dialog dengan Ketua-Ketua Batin Pos Betau' pada Khamis.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menyeru Orang Asli agar membuat perubahan dengan memilih Pakatan Harapan (PH).

Katanya, tiada guna lagi memberi undi kepada BN memandangkan parti itu telah diberi peluang selama 60 tahun tetapi gagal membawa pembangunan rancak buat komuniti Orang Asli.
"Tok-tok Batin dan semua komuniti Orang Asli kena berani. Kali ini ubah dan sokong Pakatan Harapan.

"Kita perlu fikir, apakah kita nak hidup seperti sekarang sampai bila-bila? Apa akan terjadi pada masa depan anak-anak?
"Cukuplah undi BN. Betul, BN ada bawa perubahan pada negara tetapi perubahan untuk kehidupan Orang Asli sangat sedikit," katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh serta Ahli Dewan Negara Bob Manolan.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang akan menyaksikan pertandingan empat penjuru itu akan diadakan pada 26 Januari, manakala Hari Pengundian Awal pada 23 Januari.

Mewakili Pakatan Harapan adalah M. Manogaran, BN diwakili Ramli Md Noor dan dua calon Bebas lain adalah Wong Seng Yee dan Sallehudin Talib.


Tag: Orang Asli, perubahan, orang asal, Presiden PKR, Anwar Ibrahim, tok batin, ketua batin, Pos Betau, Barisan Nasiona, BN, Pakatan Harapan, PH, PRK Cameron Highlands, Pilihan Raya Kecil, Cameron Highlands, Manogaran



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.