Petunjuk Persepsi Jenayah (PCI) bagi tempoh 2016 hingga 2017 menunjukkan persepsi rasa takut orang awam sudah menurun hingga 40 peratus.

Sementara itu, kadar indeks jenayah antara 2010 hingga 2017 yang mencatatkan penurunan hingga 53 peratus.

Bagaimanapun, isu jenayah dan keselamatan tetap menjadi antara kebimbangan utama rakyat Malaysia, menurut hasil kajian Panel Penyelidik Universiti Malaya.

Kajian itu menjelaskan isu berkenaan menjadi antara tiga isu tumpuan utama yang paling dititikberatkan rakyat, selain isu kos sara hidup dan peluang pekerjaan.

Adakah data terbaru Petunjuk Persepsi Jenayah (PCI) semakin positif menyebabkan isu berkaitan keselamatan kurang diberi tumpuan dalam kempen pilihan raya kali ini?

Bersama Dzulfitri Yusop dan Luqman Hariz meninjau dapatan data bagaimana dapat dikaitkan isu keselamatan setempat dan rekod jenayah dengan sentimen pengundi.