Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menafikan permintaan oleh anggota jawatan PKR yang dipilih untuk mengadakan pertemuan khas dengan presiden bagi membincangkan hala tuju parti tersebut, kata naib presidennya, Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata mesyuarat, yang tidak termasuk kalangan anggota jawatan yang dilantik, akan menjadi saluran terbaik bagi Anwar untuk menyelesaikan apa-apa isu atau perbezaan yang timbul antara beliau dan beberapa anggota jawatan yang dipilih.
"Kami semua hanya mahu satu pertemuan antara semua pemegang jawatan yang dipilih dengan presiden parti. Kami tidak mahu orang salah anggap kami untuk sesuatu yang tidak dapat kami sampaikan kepada orang awam.
"Kami harap presiden (Anwar) akan bersetuju untuk bertemu dengan kami," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Bagan, Jelutong dan Tanjung, di sini pada Isnin.
BACA: Anwar nasihat Azmin dan Zuraida datang mesyuarat
BACA: Permintaan tidak dilayan punca tidak hadir mesyuarat - Zuraida
Beliau membuat kenyataan tersebut bagi menjelaskan ketidakhadirannya dalam beberapa mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang menurutnya bukan jalan untuk membincangkan rekonsiliasi yang perlu dibincangkan hanya antara presiden dan anggota jawatan yang dipilih.
"Saya mempunyai alasan yang baik untuk tidak menghadiri mesyuarat. Kami harus diberi peluang untuk bercakap (secara langsung kepada Anwar) bagi pihak penyokong kami... demi kebaikan parti," katanya.
BACA: Jual rumah untuk warga China dan Hong Kong, pengkritik mungkin tak faham - Zuraida
BACA: Nilai rumah tidak terjual cecah RM22.5 bilion - Zuraida
Zuraida, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata beliau tidak menolak kemungkinan parti pembangkang akan mengambil kesempatan daripada situasi yang kini dihadapi oleh PKR tetapi yakin ia tidak akan menjejaskan parti itu sebagai sebahagian daripada kerajaan.
"Parti pembangkang tidak akan mendapatkan kelebihan. Parti-parti lain juga mempunyai masalah sendiri," katanya.
BACA: Zuraida boleh luah 'perasaan' dalam sesi pemukiman PKR - Saifuddin
BACA: Zuraida terus ditegur ahli parti sendiri
Dalam perkembangan lain, beliau menyifatkan penyatuan antara UMNO dan PAS menerusi pemeteraian Piagam Muafakat Nasional sebagai gimik politik dan langsung tidak memberi kesan kepada PKR sebagai parti berbilang kaum.
"Ia sekadar gimik politik (untuk mendapatkan sokongan dalam kalangan orang Melayu). Kamu juga ada orang Melayu, India, Cina dalam parti kami dan saya tidak bimbang mengenai kerjasama tersebut," katanya.
BACA: Kerjasama politik Pas-UMNO akan diperincikan - Ahmad Zahid
BACA: Gabungan UMNO dan Pas tak akan dapat kuasai Malaysia - Mat Sabu
Beliau mengulas mengenai piagam tersebut yang dimeterai UMNO dan PAS pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 16 2019
Zuraida berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Jelutong, Bagan dan Tanjung di George Town, 16 Sept, 2019. --fotoBERNAMA
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Umat Islam perlu pertahan tradisi ilmu, akliah Al-Azhar - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa umat Islam di negara ini untuk terus pertahankan tradisi ilmu serta akliah, yang dihidupkan oleh Universiti Al-Azhar (Al-Azhar), Mesir.
Haji furada: Syarikat pelancongan diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan
Kesemua 25 individu selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.
Kerajaan Pahang pertimbang bonus raya penjawat awam - MB
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya sedang meneliti kedudukan kewangan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamad.
P. Pinang pantau rapi kapasiti Empangan Air Itam
PBAPP mengambil langkah awal sejak Februari, dengan melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) menerusi beberapa strategi.
PM ziarah Menteri Agama terima rawatan di Hospital Putrajaya
Perdana Menteri meluangkan masa menziarahi Datuk Mohd Na'im Mokhtar yang menerima rawatan susulan pembedahan kecil di Hospital Putrajaya.
Anwar jumpa ketua cabang selepas hari raya selesai kemelut PKR Sabah
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi konsultasi dengan semua ketua cabang di Sabah selepas hari raya nanti untuk mencari formula terbaik mengatasi pergolakan yang berlaku.
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara - Anwar
Anwar menyifatkan sumbangan Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran
Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.
NCER disasar catat RM367.8 bilion pelaburan direalisasi menjelang 2030 - Anwar
Kerajaan menyasarkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) mencatatkan RM367.8 bilion pelaburan direalisasi menjelang 2030.
Pembaharuan fiskal diperlukan agar ekonomi Malaysia bertunjang di landasan kukuh - Anwar
Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan fiskal agar ekonomi Malaysia bertunjang di landasan yang mampan dan utuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar ucap takziah kepada keluarga 'Aunty Bersih'
Katanya, mendiang akan dikenang sebagai aktivis gigih dan menjadi teladan kepada generasi penerus untuk terus mendesak membawa perubahan.