Pengalaman orang lama dan idea pemimpin muda adalah antara kombinasi terbaik dalam usaha pembaharuan dan pemulihan UMNO pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, gabungan barisan pemimpin dua aliran generasi itu adalah formula ampuh dalam memastikan parti kembali bangkit dan membina semula keyakinan rakyat.
"Jika hanya orang muda sahaja dipilih untuk memimpin UMNO atas alasan untuk meremajakan parti dan menarik sokongan generasi muda, ia akan menjadi pincang kerana kurangnya pengalaman kepimpinan.
"Tapi kalau hanya orang lama sahaja yang diangkat jadi pemimpin UMNO, juga tidak elok sebab percambahan idea-idea baharu untuk parti mungkin kurang dan parti akan dilihat berada pada takuk lama sahaja.
"Jadi kolaborasi pemimpin lama yang berpengalaman dengan tenaga muda yang idealis dan bersemangat waja amat perlu untuk membarisi barisan MT UMNO," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Pemilihan Presiden UMNO: Pilih tokoh yang boleh membawa perubahan - Tok Pa
BACA: Kukuhkan UMNO dulu, baru bina semula BN - Asyraf Wajdi
Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran berkata, kekuatan MT untuk sesi 2018-2021 ini perlu diperkasakan untuk menjadi platform penasihat berkualiti kepada pucuk pimpinan utama parti seperti Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden UMNO.
Ujar beliau, dengan kemantapan barisan MT UMNO yang baharu ini akan menjadi pemangkin kepada kebangkitan parti selepas kekalahan pada PRU14 lalu.
"Barisan MT UMNO kali ini perlu memastikan mereka mampu menjadi penasihat dan juga kumpulan sokongan yang mantap, berwibawa dan berkualiti kepada pucuk tertinggi pimpinan parti.
"Mereka perlu memberikan pandangan terbaik dan tidak lagi sekadar mengikut arus sahaja," jelasnya.
Ketika mengulas keputusan bertanding kerusi MT pada pemilihan kali ini, Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran berkata, matlamatnya adalah untuk terus membawa suara rakyat ke peringkat teratas seperti dalam Dewan Rakyat.
Menurutnya, dengan kedudukan sebagai ahli MT (sekiranya dipilih) dan Ahli Parlimen UMNO, beliau mempunyai platform yang luas untuk memperjuangkan nasib rakyat.
"Sebagai Ahli Parlimen saya boleh membahas dan menyokong isu-isu rakyat yang dibincangkan dalam parti di Dewan Rakyat sekiranya diberi kepercayaan untuk menganggotai MT.
"Dengan cara ini keberkesanan sebagainya barisan pembangkang dalam Dewan Rakyat akan lebih baik dan berkualiti," tambahnya.
Astro Awani
Wed Jun 27 2018
ISMAIL: Gabungan pemimpin lama yang berpengalaman dengan tenaga muda yang idealis dan bersemangat waja amat perlu untuk membarisi barisan MT UMNO. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).