Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau adalah pemimpin berkuasa dalam Pakatan Harapan adalah tidak benar kerana beliau sebenarnya sekadar 'kuda tunggangan' kepada DAP.
Presiden Parti Makkal Sakti, Datuk R.S Thanenthiran berkata DAP bersetuju untuk melantik pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sebagai Pengerusi Pakatan Harapan adalah kerana mahu meraih undi orang Melayu semata-mata.
"Dalam ucapan Dr Mahathir dalam satu majlis di Pulau Pinang, Khamis lepas, memaklumkan rakyat kembali menyokong pembangkang kerana parti itu dipelopori oleh beliau dan turut mendakwa mereka (Pakatan Harapan) boleh menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
"Hakikatnya PPBM hanya memiliki satu kerusi Parlimen berbanding DAP yang mempunyai 38 kerusi iaitu jumlah majoriti bagi pihak pembangkang dan di situ kita boleh lihat parti itu (DAP) hanya gunakan Dr Mahathir sebagai kuda tunggangan mereka sahaja," katanya kepada Bernama pada Majlis Rumah Terbuka Mesra Aidilfitri anjuran Makkal Sakti, di sini hari ini.
Beliau berharap bekas perdana menteri itu sedar dan tidak memperjudikan nasib orang Melayu dengan menyuruh mereka menyokong DAP semata-mata untuk membalas dendam terhadap parti UMNO.
Sementara itu, Thanenthiran berkata berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh Makkal Sakti mendapati 65 hingga 70 peratus daripada dua juta pengundi India di negara ini akan menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana yakin hanya parti itu membela nasib mereka selama ini.
Beliau, yang mendakwa mempunyai 123,000 anggota parti ketika ini, berkata pihaknya juga telah bersiap sedia untuk menggerakkan jentera bagi memastikan kemenangan BN pada PRU14.
"Sama ada Makkal Sakti akan diberikan kerusi bertanding pada PRU14, saya serahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan,"katanya,
Beliau berkata partinya, yang sentiasa menyokong dasar-dasar kerajaan dan kepimpinan perdana menteri, tidak akan memberi tekanan kepada pucuk pimpinan untuk memberi kerusi kepada parti itu untuk bertanding dalam musim pilihan raya ini kerana ia akan memberi impak besar dan tidak baik kepada BN.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2017
THANENTHIRAN: Hakikatnya PPBM hanya memiliki satu kerusi Parlimen berbanding DAP yang mempunyai 38 kerusi iaitu jumlah majoriti bagi pihak pembangkang.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberikan ruangan untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan pengiklanan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).