Pimpinan Malaysian Indian Congress (MIC) haruslah berusaha untuk menyatupadukan kaum India bagi membina parti yang lebih kuat.

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak yang merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-70 di Pusat Daganga Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini, berkata pemimpin MIC yang menjadi wakil rakyat harus berkhidmat kepada semua golongan masyarakat dan bukan golongan India sahaja.

"Pertama sekali MIC sebagai parti Barisan Nasional haruslah menyatupadukan semua parti India yang lain dibawah payung yang sama.

"Ada pepatah Inggeris berbunyi, a divided house will fall. Dalam konteks di sini, a divided party will fall.

"Perkara yang sama turut berlaku kepada UMNO. Wakil rakyat UMNO juga harus berkhidmat kepada semua jika tidak kita akan gagal melakukan tanggungjawab," kata Najib.