Permuafakatan antara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam merungkai kemelut menjadi contoh tauladan kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) menangani konflik dalaman parti pada masa depan.
Ketua AMK Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata permuafakatan antara kedua-dua pemimpin tertinggi parti membuktikan semua ahli PKR sentiasa bertungkus lumus menyelesaikan masalah dan mampu mendepani pelbagai cabaran demi kepentingan bersama.
"Dalam tempoh kurang dari 24 jam Presiden dan Timbalan Presiden dapat duduk bersama-sama berbincang, merungkai dan mencari jalan untuk bekerjasama dalam usaha menguatkan parti yang dalam tempoh beberapa bulan mungkin berbeza pandangan.
"Namun dalam kongres ini kita bersatu hati dengan meletakkan semua perbezaan di tepi bagi memastikan parti ini diangkat bersama-sama," katanya dalam ucapan aluan yang disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 2,000 perwakilan dan penyokong yang hadir pada perasmian Kongres Nasional Tahunan Wanita dan AMK 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini malam tadi.
Perasmian serentak itu disempurnakan oleh Mohamed Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Turut hadir Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin, Naib Presiden PKR Tian Chua, Ketua Wanita PKR Haniza Mohamed Talha, Ketua Pemuda Harapan Nasional Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang juga Menteri Belia dan Sukan.
BACA: Azmin nafi hubungannya dengan Anwar tegang
BACA: PKR terus pertahankan Anwar Ibrahim, tolak politik keji - Azmin
Merujuk kepada pergeseran yang dikatakan berlaku antara Anwar dan Mohamed Azmin serta perdamaian yang dicapai pada saat akhir menjelang kongres tahunan pada Khamis, Akmal Nasrullah, yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, berkata kesatuan kedua-dua pemimpin itu menjadi panduan kepada AMK dalam menghadapi masalah.
Sementara itu, Haniza dalam ucapannya menegaskan dalam usaha mendukung hasrat dan perjuangan parti, wanita PKR perlu terus memainkan peranan penting dalam parti.
BACA: Perseteruan dalam PKR semakin membara, 'rapat' di KL bertembung kongres di Melaka
BACA: Pemimpin PKR kembali bersatu, dua kongres kini menjadi satu
Jelasnya sebagai golongan majoriti dengan jumlah hampir 400,000 anggota dalam parti, wanita merupakan 'tulang belakang' yang berperanan menyatukan seluruh anggota PKR.
"Apa juga yang jadi datang dan menjadi penghalang, jadikan sebagai selingan hidup untuk wanita PKR untuk terus fokus kepada merealisasikan matlamat parti dan kerajaan," katanya.
Beliau turut menegaskan perbezaan pendapat dalam parti tidak seharusnya menjadi penghinaan sebaliknya perlu diraikan seperti yang diajar oleh parti untuk menerima kepelbagaian pendapat.
BACA: Terima teguran akar umbi, kata Ketua Wanita PKR
BACA: Perselisihan faham dalam PKR perkara biasa - Azmin
Hari ini, dijangkakan kira-kira 500 perwakilan sayap wanita dan 1,088 perwakilan AMK akan bersidang secara berasingan di sini.
Pengerusi Lembaga Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadual menyempurnakan majlis penutupan bersama kongres kedua-dua sayap itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 05 2019
Akmal Nasrullah berkata kesatuan kedua-dua pemimpin itu menjadi panduan kepada AMK dalam menghadapi masalah. - Gambar fail
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
26,286 rumah bernilai RM18.3 bilion siap dibina tidak terjual - Akmal Nasir
Jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 5.3 peratus dari segi jumlah unit berbanding tempoh sama pada tahun lepas.
301 projek sakit libat 38,572 unit rumah selesai, pulih tahun ini
Sebanyak 301 projek perumahan swasta yang sakit atau terbengkalai melibatkan 38,572 unit kediaman berjaya diselesaikan dan dipulihkan pada tahun ini.
Dua PPR dirancang di Johor tahun ini, babitkan pembangunan 1,000 unit rumah
Perinciannya akan diumumkan setelah selesai urusan bersama dengan kerajaan negeri Johor tidak lama lagi.
Isu LCS: Pemimpin PKR buat laporan SPRM
Akmal memaklumkan laporan itu dibuat bagi menggesa siasatan terhadap dakwaan penglibatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Latiff Ahmad dalam projek tersebut.
Skandal LCS: PKR buat laporan kepada SPRM terhadap Abdul Latiff esok
Laporan itu akan menamakan Abdul Latiff sebagai seorang yang terkait dengan skandal LCS sepertimana disebut dalam beberapa siri laporan.
Kongres AMK PKR: Politik 'khemah besar' buang masa, percaturan sia-sia - Akmal Nasir
Akmal Nasir berkata, pendirian AMK jelas dan konsisten, selari dengan majoriti akar umbi parti yang tidak mahu PKR terus hanyut.
PRN Johor: AMK mahu enam kerusi, sedia bertanding di tempat sukar - Akmal Nasir
Enam kerusi bersamaan dengan 30 peratus daripada keseluruhan 20 kerusi yang diperuntukan untuk Keadilan.
'Dakwaan Azam Baki timbulkan kecurigaan serius' - AMK desak siasatan terperinci
Menurut Akmal, kenyataan media yang dibuat Azam dua hari lalu tidak melambangkan ketelusan yang sewajarnya oleh badan seperti SPRM.
Majoriti AMK Melaka isytihar hilang kepercayaan terhadap Akmal Nasir, Prasanth Kumar
Kepimpinan Ketua AMK Malaysia didakwa lemah dan tidak efektif dalam mengemudi AMK di peringkat nasional dan negeri Melaka.
AMK Negeri Sembilan pula hilang kepercayaan kepada Akmal Nasir
Akmal disifatkan gagal menyatukan anggota AMK sehingga memecah-belahkan semangat perpaduan sayap parti itu melalui rombakan baru-baru ini.