Parti Pribumi Bersatu Malaysia sedia menerima mana-mana ahli Parlimen kerana kekurangan majoriti dua pertiga menyukarkan Pakatan Harapan untuk memenuhi beberapa janji dalam manifesto, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau, yang juga Perdana Menteri berkata, mereka dialu-alukan untuk menyertai pakatan itu selagi mana mereka memenuhi kriteria yang telah ditetapkan selama ini.
“Kita sedia terima mereka kerana kita tahu kita ini kekurangan, tak dapat dua pertiga (majoriti) dengan kadang kadang berlaku keadaan yang mana kita tersekat, tak boleh tumpu kepada apa yang kita janjikan (dalam manifesto).
"Ada beberapa perkara yang kita janjikan yang memerlukan dua pertiga undi, dan dengan kemasukan mereka, mungkin kita akan dapat angka yang diperlukan,” katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM di sini, malam ini.
Sebelum sidang media itu, Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, yang sebelum ini merupakan wakil rakyat bebas, telah menyerahkan borang penyertaan kepada Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, sambil disaksikan Dr Mahathir.
Turut menyerahkan borang ialah beberapa pemimpin dari Majlis Senator Malaysia iaitu Presidennya Datuk Seri Khairudin E.S. Abd. Samad; Bendahari Datuk Suhaimi Abdullah; wakil Orang Asli Isa Ab. Hamid; dan wakil Orang Siam Aknan Ehtook.
Dengan kemasukkan mereka, kini jumlah wakil rakyat Pakatan Harapan di Dewan Rakyat ialah seramai 128 orang, dan di Dewan Negara seramai 23 orang.
Firdaus Azil
Wed Nov 28 2018
Kita sedia terima mereka kerana kita tahu kita ini kekurangan, tak dapat dua pertiga (majoriti) dengan kadang kadang berlaku keadaan yang mana kita tersekat, tak boleh tumpu kepada apa yang kita janjikan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Pakatan Harapan mahu majoriti dua pertiga bagi tunaikan janji manifesto - Tun M
Parti Pribumi Bersatu Malaysia sedia menerima mana-mana ahli Parlimen kerana kekurangan majoriti dua pertiga menyukarkan Pakatan Harapan untuk memenuhi beberapa janji dalam manifesto.