Pakatan Harapan hari ini menarik balik permohonan semakan kehakiman terhadap Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) terhadap tindakan RoS sebelum ini yang tidak menjawab permohonan mereka untuk mendaftarkan parti itu sebagai pertubuhan berdaftar.
Peguam Michelle Ng yang mewakili Pakatan Harapan memberitahu pemberita bahawa pihaknya menarik balik permohonan itu berikutan RoS telah mendaftarkan parti berkenaan pada 16 Mei lalu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Michelle berkata demikian selepas kes itu disebut di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nordin Hassan hari ini, yang turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Mazlifah Ayob, bertindak bagi pihak RoS.
Hari ini sepatutnya mahkamah mendengar hujahan permohonan semakan kehakiman itu. Pada 1 Mac lepas, mahkamah memberi kebenaran kepada Pakatan Harapan untuk memulakan semakan kehakiman berkenaan.
Sehubungan itu, mahkamah membatalkan permohonan yang difailkan pada 21 Feb lepas, tanpa sebarang perintah mengenai kos.
Dalam permohonan itu Pakatan Harapan menamakan Setiausaha Jawatankuasa Penaja pakatan itu, Datuk Saifuddin Abdullah; Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng; Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus; dan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Dr Shahruddin Md Salleh sebagai pemohon manakala ROS selaku responden tunggal.
Kesemua pemohon menuntut deklarasi bahawa tindakan RoS yang tidak mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai pertubuhan berdaftar dan membalas surat bertarikh 6 Feb 2018 adalah bercanggah dengan kewajipan statutori dan harapan sah mereka.
Mereka juga menuntut deklarasi tindakan itu tidak munasabah, mala fide dan menuntut perintah mandamus bagi mendesak RoS mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 selain menuntut kos dan perintah lain yang sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 12 2018
Pada 1 Mac lepas, mahkamah memberi kebenaran kepada Pakatan Harapan untuk memulakan semakan kehakiman.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
COP28 bertindak untuk menyokong pihak yang ‘rapuh’ kerana perubahan iklim
Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) hari ini secara rasmi mendukung Deklarasi mengenai Iklim, Bantuan, Pemulih dan Keamanan di hari keempat pengajarannya.
Abbas, Haniyeh kecam perjanjian UAE-Israel
Haniyeh pula menegaskan mengenai sokongannya kepada kepemimpinan Palestin.
Sidang Kemuncak KL cari penyelesaian isu dihadapi dunia Islam
Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya bersedia untuk mengetengahkan seruan penyatuan untuk dunia Islam berjuang mendapatkan semula kegemilangan yang pernah dikecapi dahulu.
Sekatan perjalanan ditarik balik, Mohamed Apandi bebas ke luar negara
Mohamed Apandi juga telah menarik balik permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkannya bagi mencabar keputusan Jabatan Imigresen yang tidak membenarkannya ke luar negara.
MCA lancar 'Deklarasi Balakong' untuk reformasi hala tuju parti
Deklarasi berkenaan dimulakan pada Pilihan Raya Kecil DUN Balakong, 8 Sept ini bagi menarik kembali keyakinan rakyat kepada parti tersebut.
Pendaftaran parti: Pakatan Harapan tarik balik permohonan terhadap RoS
Peguam Michelle Ng yang mewakili Pakatan Harapan memberitahu pemberita bahawa pihaknya menarik balik permohonan itu berikutan RoS telah mendaftarkan parti berkenaan pada 16 Mei lalu.
Mekanisme deklarasi harta diputuskan kabinet sebelum persidangan Parlimen
Aspek deklarasi harta oleh anggota pentadbiran adalah antara perkara yang akan dibincangkan dengan terperinci pada mesyuarat itu, yang dijangka diadakan sebelum persidangan Parlimen bermula.
Mahathir akui gagal yakinkan Agong berhubung deklarasi
Semasa menghadap selama 70-minit di Istana Anak Bukit, Alor Setar, bulan lepas, beliau turut menunjukkan kepada Seri Paduka gambar deklarasi berserta tandatangan.
Majlis Raja-Raja tidak akan terpengaruh gerakan Mahathir
Anggota MT UMNO Mohd Sharkar Shamsudin yakin Majlis Raja-Raja tidak akan terpengaruh dengan gerakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Program Jelajah Pendidikan Bumiputera deklarasi kerajaan ubah destini anak bangsa
Program itu membantu golongan kurang berkemampuan termasuk mereka yang berada di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar yang tercicir dalam bidang pendidikan.