Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menerima permohonan maaf Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dibuat pada mesyuarat agung tahunan parti itu, semalam.
Nurul Izzah yang juga anak bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan Mahathir membantu melahirkan kepercayaan secara progresif dan mengambil kira kebimbangan serta kepentingan ramai.
“Reformasi sistem wajib dilaksanakan kerana sistem yang sama telah melahirkan diktator demi diktator. Kita mulakan langkah ke depan berbekalkan semangat 1998, demi menuai kemenangan 2018, dengan memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi diktator terakhir buat Malaysia.
“Saya terima permohonan maaf dan keterlibatan Mahathir dalam usaha menyelamatkan masa depan Malaysia. Biarlah Najib menjadi diktator terakhir buat Malaysia, jadikan masa depan milik kita,” katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, Mahathir dalam ucapan dasarnya memohon maaf atas segala kesalahan yang dilakukannya sepanjang berkecimpung dalam politik tanah air.
BACA: Tun Mahathir minta maaf atas kesalahan 'masa lalu'
Menjelaskan tindakannya pada sidang media selepas itu, Mahathir berkata, menjadi adat orang Melayu untuk meminta maaf.
Nurul Izzah berkata, hanya ALLAH SWT yang mengetahui apa yang terbuku di sudut hati setiap manusia.
“(Dan) kepada-NYA jualah kita harus serahkan sebarang penghakiman,” katanya.
Sementara itu katanya, pakatan pembangkang yang terbina adalah atas dasar prinsip reformasi dan keadilan.
“Ia bukannya atas dasar harta, kebendaan ataupun kepentingan, mahupun kesengsaraan peribadi.
"Sebahagian daripada prinsip menuntut keadilan memerlukan pengakuan kesilapan lampau, penerimaan agenda reformasi demi mengubah sistem bobrok yang melahirkan diktator demi diktator.
“Kita perlu mengorak langkah yakin ke depan demi memacu harapan untuk membina masa depan Malaysia yang lebih baik,” katanya.
Sinar Harian
Sun Dec 31 2017
Nurul Izzah berkata, hanya Allah yang mengetahui apa yang terbuku di sudut hati setiap manusia. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
KJ jumpa Veveonah, mohon maaf bagi pihak kerajaan, tawar kerjasama inovasi
Khairy turut mengambil kesempatan itu untuk menawarkan supaya Veveonah bekerjasama dengan agensi di bawah kementeriannya, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).
20 kenderaan rosak selepas isi minyak di Petronas Solaris
Petronas Dagangan Berhad memohon maaf atas perkara itu dan telah menghubungi semua pemilik kenderaan yang terjejas.