Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Nik Omar Nik Abdul Aziz mendedahkan, tindakannya bertanding atas tiket PKR adalah kerana Pakatan Harapan merupakan satu gabungan yang terdiri daripada beberapa parti.
Ia bukan hanya dibentuk oleh satu parti, oleh itu, katanya, Pakatan Harapan dilihatnya lebih berdaya saing dengan kekuatan gabungan yang ada, berbanding sebuah sebuah parti yang bersendiri.
“Sebab, antaranya, kekuatan gabungan yang ada ini perkara yang pernah ditegaskan ayahanda Tok Guru lagi.
"Maknanya, kita dalam bidang politik, kalau bersendirian, kita tak mampu untuk menang banyak kerusi, apatah lagi memerintah Malaysia.
"Tetapi, dengan gabungan empat parti ini, ada kekuatan masing-masing. Sebab itu saya bersama Pakatan Harapan,” katanya ketika ditemui malam tadi.
Ditanya sama ada penyertaannya dalam Pakatan Harapan mendapat cacian, Nik Omar berkata, beliau dinasihatkan oleh salah seorang rakannya supaya bersedia menerima caci maki.
BACA: Tujuan kita sama ke Mekah, berbeza pengangkutan - Nik Omar
BACA: 'Ibu mana sanggup tengok dua beradik bertelagah' - Pengurus kempen Nik Omar
Perkara itu, baginya, diterima dengan lapang dada.
Katanya, beliau tidak keluar dari Pas, sebaliknya dipecat kerana tindakannya.
Bahkan, tambah Nik Omar, tindakannya itu bukannya satu kesalahan di sisi agama, seumpama keluar dari Islam, sebaliknya terpecat dari sebuah organisasi.
Katanya, Allahyarham ayahnya Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berpesan bahawa sesebuah organisasi itu tidak kekal.
“Organisasi tak kekal. Sebab itu, Tok Guru pernah sebut, kalaulah UMNO tukar dasar, Pas terbubar dengan sendiri.
"Macamana boleh terbubar kalau ia (melibatkan) dasar? Maknanya, ini hanya alat atau wadah. Jadi, bertukar (parti) tak ada masalah. Saya tak keluar (Pas), saya dipecat. Tak ada masalah,” katanya dengan tenang.
BACA: Abang saya, Nik Omar tidak sertai Amanah - Nik Abduh
BACA: Nik Omar tanding tiket PKR beri tamparan pada Pas
Katanya, beliau mengambil tempoh sebulan membuat keputusan untuk bertanding selepas melakukan solat hajat dan solat istikharah bagi meminta panduan Allah, serta turut mengambil kira pandangan rakan-rakan.
Beliau menjelaskan, hubungan dengan keluarganya tetap baik, bahkan beliau turut menemui ibunya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.
“Alhamdulilah. Ambo sebut sebelum ini, kalaulah adik-beradik ada 10 orang, anak kelima pergi jumpa bonda dulu, ambo dan anak-anak lain pergi jumpa juga dengan bonda," tambahnya.
BACA: Ada apa dengan Nik Omar?
BACA: Bonda tidak izin bertanding - Nik Omar Nik Aziz
Nik Omar menjelaskan, beliau selaku Pengetua Madrasah Darul Anuar akan mengajar seperti biasa hari ini di mana perhimpunan mingguan akan diadakan seperti biasa dengan pelajarnya.
Sekolah tersebut terletak bersebelahan dengan Masjid Pulau Melaka dan rumah keluarga arwah Nik Aziz.
Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau tidak pulang ke rumahnya di Pulau Melaka.
Dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini, Nik Omar akan berdepan calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Fareez Noor Amran dan calon Pas, Ahmad Fathan Mahmood.
Vivi Sumanti
Wed May 02 2018
Nik Omar menjelaskan, hubungan dengan keluarganya tetap baik, bahkan beliau turut menemui ibunya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak. - Astro AWANI
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
PM Anwar mahu ekosistem, landskap pelaburan negara lebih kreatif dan mesra pelabur
Anwar menyeru semua pihak yang terlibat untuk menekankan ekosistem dan landskap pelaburan negara supaya lebih kreatif dalam menawarkan ruang perindustrian dan perniagaan yang lebih mesra pelabur.
E-invois akan memperkemas sistem cukai, galak ketelusan - NCCIM
E-invois itu juga akan menangani kebocoran hasil akibat daripada urus niaga yang tidak dilaporkan.
Ekonomi Sabah kekal berdaya tahan, rekod kutipan hasil tertinggi RM5.45 bilion
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata status ekonomi Sabah pada ketika ini kekal berdaya tahan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.
[EKSKLUSIF] Celine Chuang berkongsi rahsia kejayaan, pengalaman berlatih di Jerman
Beliau yang kini bersama kelab lelaki bawah 15 tahun FC Wacker Munchen e.V turut diberi peluang beraksi dengan pasukan kedua B-17 remaja wanita FC Bayern Munich.
Saya pilih Pakatan Harapan kerana ia gabungan parti, lebih berdaya saing - Nik Omar
Ia bukan hanya dibentuk oleh satu parti, oleh itu, katanya, Pakatan Harapan dilihatnya lebih berdaya saing dengan kekuatan gabungan yang ada, berbanding sebuah sebuah parti yang bersendiri.
Kerajaan disaran kaji semula perkhidmatan teksi seluruh negara
Tan Sri Shahrir Abdul Samad mencadangkan kerajaan mengkaji semula perkhidmatan teksi di negara ini supaya ia dapat kekal berdaya saing.
PPPM 2013-2025 bakal jadikan pendidikan lebih berdaya saing
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang akan dilancarkan esok menjadi agenda nasional ke arah mentransformasikan pendidikan negara supaya lebih berdaya saing.