Sebanyak 37 kesalahan telah direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai antara 2 hingga 6 November.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPR berkata, daripada jumlah itu, Barisan Nasional membuat 20 kesalahan bagi pemasangan bahan kempen (statik), diikuti Pakatan Harapan (8), dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (5).

Turut direkodkan ialah tiga kesalahan bahan kempen yang berunsurkan provokasi dan tidak mempunyai maklumat pencetak.

Dalam pada itu, sebanyak enam laporan polis telah dibuat ke atas Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, merangkap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub ekoran ucapan kontroversi beliau sewaktu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Chio, Kukup Laut, yang didapati berbaur perkauman dan menyalahi undang-undang