UMNO perlu dibentuk sebagai parti pembangkang yang progresif untuk memenangi semula hati rakyat dan kembali mentadbir Kerajaan Pusat pada pilihan raya akan datang.
Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, parti itu kini perlu bersifat lebih terbuka dengan budaya mengkritik, namun ia bukan syarat untuk melontarkan fitnah sewenang-wenangnya.
"Untuk ubah pemikiran ahli UMNO, kita mesti menjadi pembangkang progresif terlebih dahulu.
"Apa yang dimaksudkan dengan progresif ialah, berani melontarkan kritikan membina, seperti berdialog berasaskan fakta sama ada dengan pihak lawan mahupun orang awam," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya, pada Rabu.
BACA: Gaya hidup pemimpin UMNO yang mewah punca kekalahan BN - Ahmad Said
BACA: Najib harap pimpinan baharu sayap UMNO dapat galas tanggungjawab
Sebelum ini, bercakap pada program Dialog Naib Presiden di Astro AWANI, Johari berpendapat penolakan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu adalah atas dasar faktor kredibiliti dan integriti parti serta pemimpinnya.
Dalam pada itu katanya, UMNO harus membersihkan imej parti berkenaan daripada terus dikaitkan dengan amalan rasuah agar kepercayaan rakyat boleh dikembalikan.
"Kita tidak lagi boleh dilihat sebagai sebuah parti yang dikaitkan dengan rasuah.
"Kita kena pastikan UMNO ditadbir dengan satu sistem yang lebih cekap dan sistematik.
"Tindakan demikian bakal mengembalikan kepercayaan ahli UMNO yang lain serta rakyat yang berada di luar sana," ujarnya.
Johari turut meletakkan tiga lagi aspirasi utama yang lain seperti jiwa yang bersiap siaga untuk berkorban, semangat kerja berpasukan serta nilai integriti dan kredibiliti dalam kepimpinan.
Tegasnya, pemimpin dan ahli UMNO harus diterapkan jiwa yang rela berkorban dari aspek tenaga, masa serta wang ringgit.
"Kemudian, kita juga kena memegang teguh elemen integriti dalam kepimpinan dan memastikan semua pemimpin UMNO saling bantu membantu antara satu sama lain.
"Saya percaya dengan semangat yang sedemikian rupa, UMNO dapat kembali berjuang demi bangsa, agama dan negara kita dengan lebih berkesan dan efektif," katanya.
Johari merupakan antara tujuh calon merebut jawatan naib presiden selain Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Tajuddin Rahman dan Sheikh Razak Sheikh Hamid.
Astro Awani
Thu Jun 28 2018
JOHARI: Untuk ubah pemikiran ahli UMNO, kita mesti menjadi pembangkang progresif terlebih dahulu. - Gambar fail
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
Onn Hafiz ganti Khaled Nordin, Rozi Mamat ambil alih tugas Ahmad Said terajui UMNO Johor, Terengganu
Khaled Nordin dan Ahmad Said bukan lagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
PRK Kemaman: 'Beri peluang calon yang betul-betul mahu berkhidmat' - Ahmad Said
Beri peluang kepada calon yang betul-betul mahu berkhidmat dan mempunyai masa secukupnya untuk Parlimen Kemaman, kata Ahmad Said.
PRK Kemaman: Jentera perlu seia-sekata pastikan kemenangan calon BN
Beliau yakin sekiranya kerjasama utuh dapat diberikan seluruh jentera, tidak mustahil BN berupaya membuat kejutan.
Ahmad Said umum tidak tanding PRK Kemaman
Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan beliau tidak bertanding pada PRK Kemaman yang akan diadakan pada 2 Disember.
Ahmad Said dicadang calon BN PRK Kemaman
Mohamed Rahim berkata, Ketua UMNO Bahagian Kemaman itu merupakan antara nama yang mendapat sokongan untuk disenaraikan sebagai calon.
Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
Keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya Parlimen berkenaan.
[RASMI] PRN: Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal sejak 1990, Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
PRN Terengganu: Pentadbiran sealiran kerajaan pusat untungkan rakyat - Ahmad Said
Bekas Menteri Besar Terengganu itu turut meluahkan hasratnya untuk melihat negeri kelahirannya terus maju serta dibangunkan seperti waktu BN memerintah negeri tersebut.
PRN: Razali lawan Ahmad Said di Kijal
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Razali bakal menentang Ahmad, penyandang kerusi tradisi UMNO, pada PRN Terengganu 12 Ogos ini.
Tidak mustahil UMNO kembali tawan Terengganu - Ahmad Said
Ahmad berkata, berdasarkan rekod kerajaan yang menerajui negeri tersebut ia sentiasa bersilih ganti di antara dua parti berkenaan.