Datuk Seri Najib Tun Razak berkata visi beliau sebagai perdana menteri adalah bagi merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dan Semenanjung Malaysia.
Perdana menteri yakin visi itu berupaya beliau laksanakan oleh kerana kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) bukan sahaja mendapat kepercayaan rakyat, malah begitu memahami kehendak dan aspirasi rakyat yang mahukan sesuatu yang mereka impikan menjadi kenyataan.
Katanya satu daripada projek berimpak tinggi yang diimpikan rakyat Sabah adalah projek Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 1,236 kilometer bernilai RM12.38 bilion yang bakal mengubah landskap sosioekonomi dan pembangunan negeri Sabah apabila siap sepenuhnya menjelang tahun 2022.
"Terbukti bahawa anda (rakyat) yakin kepada kerajaan BN. Kita memang mempunyai visi untuk negara dan Sabah Bumi Di Bawah Bayu. Saya sebagai perdana menteri, saya ingin melihat bahawa jurang pembangunan antara Sabah dan Semenanjung dapat dirapatkan dan dapat diimbangi supaya Sabah di bawah BN lebih maju lagi," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan projek Lebuhraya Pan Borneo Pakej Tawau-Sandakan sepanjang lima kilometer di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Parin Kitingan, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Sementara itu, Najib menyifatkan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang menganjur dari Sindumin hingga ke Tawau sebagai projek paling hebat pernah dilaksanakan di Sabah berbanding banyak projek besar lain di negeri ini kerana impaknya bersifat menyeluruh untuk seluruh negeri Sabah.
Perdana menteri berkata apabila siap kelak, projek berkenaan berupaya menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonami Sabah, termasuk merangsang pembangunan sektor pelancongan serta pembabitan rakyat Sabah dalam bidang perniagaan yang lebih berdaya saing.
"Kita tak cakap saja. Kita boleh buat, kita boleh laksanakan, sebab itu kita buat Lebuhraya Pan Borneo. Pan Borneo akan ubah landskap bumi Sabah ini. Tidak ada projek lain lebih hebat daripada Pan Borneo. Kita mungkin ada projek lain tetapi impaknya khusus kepada sesuatu kawasan atau kepada sesuatu daerah sahaja," katanya.
Selain itu, kata Najib, tiada bayaran tol akan dikenakan kepada pengguna lebuh raya dua lorong sehala itu, sekaligus tidak akan membebankan rakyat.
"Sebab itu, kita mesti pastikan projek ini berjaya. Saya akan memberi perhatian sepenuhnya agar projek ini berjaya. Walaupun ekonomi dunia tak menentu, harga minyak jatuh, walaupun ringgit (menurun) kesan perubahan kadar faedah di Amerika Syarikat, tetapi kita akan tetap laksanakan Lebuhraya Pan Borneo ini," katanya.
Sehubungan itu Najib meminta rakyat Sabah agar terus setia dan memilih BN untuk menerajui kerajaan bagi memastikan segala perancangan pembangunan yang sedang dirancang dan dilaksanakan dapat diteruskan tanpa gangguan.
Katanya kerajaan BN adalah kerajaan proaktif yang bijak membuat perancangan rapi yang membolehkannya berupaya mengumpul dana dan dana berkenaan dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk pelaksanaan projek berimpak tinggi seperti Lebuhraya Pan Borneo.
Perdana Menteri berkata projek Lebuhraya Pan Borneo berkenaan boleh dianggap sebagai hadiah untuk rakyat Sabah yang setia menyokong kerajaan BN.
Sementara itu, Najib berkata beliau akan datang ke Lahad Datu pada bulan September depan bagi melancarkan pakej projek Lebuhraya Pan Borneo berikutnya di daerah berkenaan.
Bagaimanapun beliau mengingatkan semua pihak terutama anggota keselamatan agar memastikan keselamatan di pantai timur Sabah terus terjamin bagi membolehkan projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar.
"Pastikan tiada lagi Royal Sulu datang, kalau datang kita hapuskan mereka. Tidak ada maaf bagimu (Royal Sulu). Ini bumi Sabah. Sabah merdeka dalam Malaysia. Tidak ada sesiapa boleh mengancam kemerdekaan Sabah," katanya.
Bernama
Sun May 29 2016
Najib berucap di hadapan kira-kira 15,000 warga Tawau, Semporna dan Kunak ketika merasmikan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, bagi Jajaran Tawau-Sandakan pakej pertama sepanjang 5KM. - FotoBERNAMA
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).