TUMPUAN Piala FA 2018 kali ini sudah pasti sejauh mana kelab amatur atau pasukan komuniti mampu memberi saingan atau mampukah mereka mencipta kejutan dalam kejohanan itu.

Buat pertama kali tahun ini, pasukan amatur diberi slot untuk bersaing dalam pusingan pertama Piala FA, kejohanan bola sepak kalah mati yang mula dipertandingkan pada 1990.

Dalam undian yang diadakan semalam, juara Selangor Champions League (SCL), Axis-O2FC akan bertemu juara Liga Perak Aman Jaya 16/17, SRCC Kuala Kangsar.

7 pasukan amatur yang lain ialah Majlis Daerah Jempol, CNA FC, naib juara SCL Persada Integriti Bersatu FC (PIB FC), FA Cina Malaysia, Invictus FC, Jerantut FA dan Southern FC.

Cabaran sebenar pasukan amatur menanti di pusingan kedua apabila mereka akan bertemu pasukan profesional dari Liga Super dan Liga Perdana seperti juara bertahan, Kedah, Johor Darul Ta’zim (JDT), Pahang dan Selangor.

Menurut Ketua Editor Semuanya Bola, Ahmad Muzammil, selain juara SCL yang dijanjikan slot Piala FA sebelum ini, Football Malaysia LLP (FMLLP) mahu liga-liga komuniti mencalonkan pasukan lain berdasarkan pelbagai kriteria untuk mendapat slot ke Piala FA.

Selepas ini, slot itu akan diberikan kepada pasukan yang bersaing di Liga Divisyen Keempat dan Kelima yang akan diperkenalkan tahun depan.

Undian lain menyaksikan Kedah berdepan laluan sukar untuk mempertahankan kejuaraan apabila diundi bertemu pendatang baharu Liga Super, Negeri Sembilan dalam pusingan kedua.

Saingan Piala FA akan bermula secara rasmi pada 13 Februari ini.

Berikut keputusan undian penuh Piala FA 2018:

Pusingan pertama:

Invictus FC mln Hanelang FC

Terengganu City FC mln Jerantut FA

MOF FC mln CNA FC

PJ Rangers mln MD Jempol

Selangor United mln Southern FC

Kuching FA mln Real Chukai FC

Axis-02 PJ FC mln SRCC Kuala Kangsar FC

Shahzan Muda mln Persada Intergriti Bersatu (PIB) FC

Pusingan kedua:

Kelantan mln Terengganu City FC/Jerantut FA

PKNS FC mln Invictus FC/Hanelang FC

Kuantan FA mln Axis -02 FC/SRCC Kuala Kangsar FC

Kedah mln Negeri Sembilan

UiTM FC mln Perlis

ATM mln Pahang

Shahzan Muda FC/PIB FC mln PKNP FC

MISC-MIFA mln UKM FC

PJ Rangers FC/MD Jempol FC mln Terengganu FC

PDRM mln Pulau Pinang

Sabah mln JDT

Selangor United/Southern FC mln Melaka

Kuala Lumpur mln Kuching FA/Real Chukai FA

MOF/CNA FA mln Selangor

Felcra mln Felda United FC

Perak mln Sarawak