awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk Seri Vida sedia tajaan cecah lapan angka buat TRW

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
06/01/2016
08:15 MYT
Datuk Seri Vida sedia tajaan cecah lapan angka buat TRW
Datuk Seri Vida tidak punya masalah untuk keluarkan nilai tajaan yang besar demi memastikan pasukan negeri kelahirannya itu mampu memberi saingan.
PENGASAS Vida Beauty Sdn.Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida, nampaknya benar-benar bersungguh-sungguh mahu menaja pasukan bola sepak Kelantan.
Ini terbukti apabila beliau mendedahkan kepada mStar Online bahawa beliau telah memperuntukkan nilai tajaan sehingga lapan angka untuk pasukan yang dikenali sebagai The Red Warriors (TRW) itu.
Penajaan pula akan membabitkan kontrak selama dua tahun.
BACA: KAFA setuju dua syarat tajaan, dedah Datuk Seri Vida
BACA: Datuk Seri Vida menanti 'pinangan' KAFA
Ahli perniagaan yang berasal dari Machang, Kelantan itu memberitahu beliau tidak ada masalah untuk mengeluarkan jumlah yang besar dan tampak begitu teruja dan bersemangat untuk memastikan pasukan negeri kelahirannya itu mampu memberi saingan.
Doakan semoga dipermudahkan semua urusan... Jika buat sesuatu saya nak kelainan.. Nak Menjual Pamoga Qu Puteh.. Nak semua org guna produks saya.. Mmg berkesan..dah 8 tahun d Pasaran Pamoga..berjaya sembuhksn byk penyakit.. Dengan IzinNya.. InsyaAllahh..semoga dgn penyatuan ini bole mencapai impian saya dan KAFA
A photo posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
Jan 5, 2016 at 8:20pm PST
Dalam perkembangan berkaitan, Perbadanan Stadium Kelantan juga bersedia mempertimbangkan cadangan agar Stadium Sultan Muhammad ke IV, yang merupakan gelanggang rasmi TRW, diubah ke warna merah jambu sebagai salah satu syarat penajaan untuk TRW.
BACA: Stadium merah jambu: KAFA perlu dapat kebenaran Perbadanan Stadium Kelantan
Kerajaann negeri bagi kerjasama.. Alhamdulillahhh.. Niat yg baik akan dipernudahkan.. Saya perlu sokongan semua.. Fahami n sokong perjuangan sy
A photo posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
Jan 5, 2016 at 8:48pm PST
Datuk Seri Vida sebelum ini memberitahu beliau bersetuju mahu menaja TRW, namun mengenakan dua syarat utama iaitu stadium berkenaan ditukar ke warna merah jambu, selain nama TRW dijenamakan ke Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.
BACA: Selepas Gegar Vaganza, Datuk Seri Vida disaran 'selamatkan' bola sepak Kelantan
BACA: Taja pasukan Kelantan: 'Doakan kami ada jodoh' - Datuk Seri Vida
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Vida
#Kelantan
#Qu Puteh
#The Red Warriors
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan