Gelombang panas global atau fenomena Equinox, yang sedang melanda Malaysia, tidak akan menjejaskan kelancaran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 minggu depan.
Pengarah Teknikal LTdL, Geoff Kronenburg berkata penganjur sedar tentang fenomena itu dan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan ketika acara itu dilangsungkan.
"Setiap tahun, ada pelumba yang tercicir daripada perlumbaan, kira-kira 10 peratus daripada mereka.
"Bagaimanapun, selalunya, mereka tercicir bukan kerana dehidrasi, tetapi akibat kecederaan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan penajaan di foyer Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini.
Seperti sebelumnya, LTdL edisi ke-20 dari 8 hingga 15 Mac ini mendapat penajaan daripada Darulkhusus Venture Sdn. Bhd. dan Universal Fitness and Leisure Sdn. Bhd., untuk menjadikan perlumbaan kelas 2 hors itu satu lagi kejayaan besar.
Darulkhusus Venture akan menaja air mineral jenama E'den, 96,000 botol atau 4,000 kartun daripadanya untuk diagihkan kepada pelumba, pegawai dan petugas sepanjang perlumbaan itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Darulkhusus Venture, Badrulhisham Abd Rahman memberi jaminan bekalan air itu mencukupi untuk memenuhi keperluan.
"Pasukan kami akan mengekori pelumba dan kami juga akan memenuhi keperluan keluarga LTdL sepanjang acara itu," katanya.
Dianjurkan Human Voyage Sdn Bhd, perlumbaan LTdL edisi ke-20 ini akan meliputi jarak lebih 1,000km dalam lapan peringkat dan sekali lagi merupakan acara terbesar dalam kalendar Jelajah Asia UCI.
Sebanyak 22 pasukan telah mengesahkan penyertaan, terdiri daripada empat pasukan dunia, tujuh pasukan benua profesional, 10 pasukan benua dan satu pasukan kebangsaan.
Bernama
Thu Feb 26 2015
Sebanyak 22 pasukan telah mengesahkan penyertaan, terdiri daripada empat pasukan dunia, tujuh pasukan benua profesional, 10 pasukan benua dan satu pasukan kebangsaan dalam perlumbaan LTdL minggu hadapan. - Gambar fail
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Gelombang panas tidak jejaskan Le Tour de Langkawi
Gelombang panas global atau fenomena Equinox, yang sedang melanda Malaysia, tidak akan menjejaskan kelancaran perlumbaan Le Tour de Langkawi 2015 minggu depan.