SOUTHAMPTON 0 LEICESTER CITY 0
Pengurus Southampton, Mark Hughes, menegaskan semangat pemainnya tidak akan lemah selepas mereka diikat 0-0 oleh Leicester City dalam Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, awal hari ini.
Keputusan itu membawa mereka kepada empat mata di belakang Swansea City yang berada di tempat ke-17, tetapi kelab Wales itu berkelebihan kurang satu perlawanan berbanding Saints yang kini gagal menang dalam lapan perlawanan liga.
Southampton berpeluang melupakan masalah liga mereka pada Isnin ini apabila menghadapi Chelsea dalam separuh akhir Piala FA dan Hughes menegaskan bahawa mereka tidak akan terganggu.
Dia memberitahu BBC Sport: "Hanya masa akan memberitahu sama ada mata itu cukup untuk kami.
"Ada sedikit kebimbangan dalam permainan kami yang mudah dibaca, tetapi saya tidak boleh menyalahkan pemain, mereka berusaha keras.
"Aksi pemain agak mendatar dan kami mempunyai perlawanan besar pada hujung minggu, tetapi kami tidak berada dalam keadaan lemah.
"Ini adalah kekecewaan kerana tidak mendapat mata maksimum, tetapi keutamaan adalah untuk mendapatkan sesuatu daripada perlawanan."
Keputusan itu bermakna Foxes sudah mengharungi tiga perlawanan tanpa kemenangan, tetapi bosnya, Claude Puel, tidak peduli dan percaya jika pemain menunjukkan tahap prestasi yang sama selepas ini keputusan akan berbeza.
"Kami agak kecewa tidak menang tetapi saya gembira dengan prestasi kami," katanya.
"Ia penting untuk meneruskan momentum dari babak kedua menentang Burnley (Sabtu lalu) dan saya fikir kami melakukannya.
"Kami menunjukkan banyak kualiti dan mempunyai dua atau tiga peluang yang baik untuk menjaringkan gol pada babak pertama.
"Kami bermain dengan tempo dan intensiti yang tinggi, jika kami dapat mengulangi prestasi ini dalam perlawanan seterusnya menentang Crystal Palace, kami akan dapat melakukannya dengan baik."
Astro Arena
Fri Apr 20 2018
HUGHES: Kami ada perlawanan besar pada hujung minggu, tetapi kami tidak berada dalam keadaan lemah. - Foto Astro ARENA
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.