Itu pengakuan jujur yang dibuat Kapten Felda United, Shukor Adan ekoran penjadualan Liga Malaysia pada tahun ini.

Saingan Liga Super kembali bersambung minggu ini selepas berhenti berehat untuk tempoh yang agak lama.

Bulan Ogos akan menjadi bulan penting buat setiap pasukan dalam liga bagi menentukan hala tuju untuk musim depan namun situasi kelam-kabut ini yang menjadi fokus pemain.

Shukor Adan antara pemain yang menyatakan kekecewaannya terhadap penjadualan liga musim ini.

"Tahun ini bagi saya jadual kita memang sangat kelakar kerana terlalu banyak rehat, selepas 7 perlawanan ini kita akan rehat lagi.

Umpama kita ada lebih 3-4 kali pre-season dalam setahun," katanya.