Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) meminta penyokong The Red Warriors (TRW) membantu dari segi kewangan bagi menyelesaikan isu pembayaran gaji bekas pemain import, Casio Francisco De Jesus untuk mengelak pasukan itu dikenakan tindakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kafa, Ahmad Muzakkir Hamid berkata pihaknya tidak mempunyai banyak masa dan pilihan terutamanya selepas Liga Malaysia (Liga-M) ditangguhkan berikutan wabak COVID-19 dan kini berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menyukarkan pihak persatuan untuk mendapatkan sumber kewangan.
"Sekarang ini kami tidak mencukupi sumber kewangan bagi membayar tuntutan ditambah lagi segala urus niaga bersama rakan kongsi termasuk jualan jersi terhenti dan bakal penaja yang dijadual bersama kami pada Jun depan juga mengambil langkah berdiam diri.
"Justeru Kafa memohon bantuan orang ramai terutama peminat dan penyokong bola sepak Kelantan untuk menderma kepada kami seberapa yang mampu secara dalam talian (online) untuk membolehkan Kafa membayar segala tuntutan yang diarahkan oleh FIFA," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sebelum ini, FIFA mengarahkan Kafa membayar tunggakan gaji bekas pemain import dari Brazil itu berjumlah RM629,620.28 atau bakal berdepan tindakan keras.
Ahmad Muzakkir berkata sekiranya Kafa tidak dapat menjelaskan apa jua tuntutan yang diarahkan oleh FIFA, ia akan merumitkan persatuan untuk membentuk pasukan bagi bersaing dalam Liga Perdana dan berkemungkinan KAFA akan dikenakan tindakan lebih berat.
"Pihak Kafa juga akan memaklumkan jumlah kutipan ini dari semasa ke semasa kepada penyokong, dan dengan rasa rendah diri Kafa merayu serta menagih simpati kepada semua untuk membantu dalam hal ini demi pasukan kesayangan kita," katanya.
Sumbangan daripada penyokong boleh disalurkan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan di akaun bernombor 5530 1063 0676 Maybank dan resit derma boleh dihantar melalui WhatsApp ke nombor 013-9283293.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 09 2020
Kafa tidak mempunyai banyak masa dan pilihan terutamanya selepas Liga Malaysia (Liga-M) ditangguhkan berikutan wabak COVID-19.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.