Pemain pasukan Harimau Malaya, Brendan Gan sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pasukan nombor 65 dunia, United Arab Emirates (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, malam esok.
Pemain tengah berumur 31 yang memainkan peranan penting dalam kejayaan penuh bermakna Malaysia semasa menumpaskan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Khamis lepas mengakui, pasukan negara amat positif dengan perlawanan esok.
Menurutnya walaupun UAE memiliki reputasi sebagai pasukan pilihan dalam kumpulan itu, ia tidak akan mengikis semangat dan tumpuan beliau serta rakan sepasukannya yang tidak sabar-sabar untuk menghasilkan keputusan positif, lebih-lebih lagi susulan permulaan yang baik di stadium Gelora Bung Karno.
"Perlawanan esok memang sukar, tapi kami sangat positif, kami telah membuat persiapan yang baik, dan saya rasa kami sudah bersedia untuk apa sahaja yang akan dibawa oleh UAE kepada kami esok.
"Kami akan terus bekerja keras untuk memenangi perlawanan, kami bukan masuk padang untuk kalah atau seri, jadi kami fokus kerana akhirnya ia bergantung bagaimana cara kami beraksi dan bagaimana hendak mengawal keadaan," katanya pada persidangan media pra-perlawanan di sini hari ini.
Mengulas perlawanan di Jakarta yang menyaksikan Harimau Malaya bermula dengan aksi yang agak hambar, pemain Perak itu berkata pasukan negara sudah bersedia untuk bangkit kembali dan kelebihan di tempat sendiri mungkin dapat membantu mereka mempamerkan aksi lebih tersusun nanti.
"Memang kita bermula dengan agak perlahan, semua orang menyedarinya. Kita akan perhalusi apa yang ingin dilaksnakan dalam perlawanan itu nanti, dan jurulatih sudahpun membentangkan perancangannya, apa yang perlu dilakukan untuk permulaan yang baik.
"Di hadapan penyokong di tempat sendiri, kami menjangka untuk turun padang dan bermula dengan baik dan positif kali ini," tambahnya.
Malaysia kini berada di tempat teratas dalam Kumpulan G dengan tiga mata, di hadapan Thailand dan Vietnam yang masing-masing meraih satu mata di tempat kedua dan ketiga, manakala UAE akan memulakan kempen mereka dalam saingan itu esok.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menewaskan UAE adalah pada Pestabola Merdeka 1982 dengan 2-1, selain satu lagi kemenangan 2-0 pada Piala Asia 1980. Selain itu pasukan negara kalah dalam sembilan perlawanan lain, dan seri sekali.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 09 2019
Pemain tengah berumur 31 yang memainkan peranan penting dalam kejayaan penuh bermakna Malaysia semasa menumpaskan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Khamis lepas. - Gambar Bernama
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.