Pemain muda yang beraksi cemerlang pada aksi terakhir di laman sendiri Liga Super bertemu JDT malam tadi membuktikan Kedah tidak ketandusan pemain pelapis, kata Ketua Jurulatihnya Mohd Nidzam Adzha Yusoff.
Beliau berkata mereka telah menunjukkan tahap permainan yang tinggi dan berupaya mengikat pasukan lawan untuk berkongsi satu mata tanpa sebarang jaringan.
"Pemain tahu pentingnya bermain di sini dan mereka bermain seperti skuad senior.
"Saya melihat Kedah tidak berdepan dengan ketandusan pemain tempatan yang berbakat untuk masa hadapan," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.
Pada aksi itu, Kedah secara keseluruhannya dibarisi pemain muda dan dibantu seorang pemain import Liridon Krasniqi.
Keputusan itu meletakkan skuad Hijau kuning berada di tangga keempat dalam carta Liga Super musim ini manakala JDT kekal di puncak liga.
Dalam pada itu, Mohd Nidzam berharap penyerangnya, Ken Ilso Larsen dapat beraksi pada perlawanan akhir Piala Malaysia bertemu JDT di Stadium Shah Alam pada 4 Nov ini.
"Kita mengharapkan Ken Ilso dapat beraksi pada final nanti, setakat ini laporan daripada pasukan perubatan memberitahu kecederaannya semakin pulih," katanya.
Sementara itu, Ketua Jurulatih pasukan JDT, Ulisses Morais berkata anak buahnya akan membuat persediaan rapi dengan harapan untuk memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia itu nanti.
Mengulas perlawanan malam tadi, beliau berkata secara keseluruhan pasukannya berjaya mengawal permainan dan mencipta peluang-peluang untuk menjaringkan gol walaupun gagal mengatasi tuan rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2017
MOhd Nidzam berbangga dengan aksi pemain muda Kedah dalam perlawanan malam tadi. - Foto Facebook - @kedahfa.my
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.