Juara dua kali Novak Djokovic tersungkur dalam saingan Wimbledon pada Sabtu.

Pemain nombor satu dunia ini yang turun dengan harapan menjulang gelaran Wimbledon keempatnya tewas 6-7 (6/8), 1-6, 6-3, 6-7 (5/7) kepada Sam Querrey.

"Sam bermain dengan cemerlang. Permainannya mantap dan saya telah dikalahkan hari ini," kata Djokovic sambil menambah bahawa dia tidak "100 peratus sihat."

"Tapi ini bukan tempat atau masa untuk bercakap tentang itu," tambahnya.