awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenis Terbuka Amerika Syarikat: Djokovic masih berbisa

Astro Arena
Astro Arena
31/08/2023
04:20 MYT
Tenis Terbuka Amerika Syarikat: Djokovic masih berbisa
Pilihan kedua dari Serbia itu memburu gelaran Grand Slam ke-24 meraih tiket ke pusingan 32 menerusi kemenangan 6-4, 6-1, 6-1. - Foto AP
PEMAIN sensasi, Novak Djokovic berada dalam kelas tersendiri mara ke pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS) setelah menewaskan pemain Sepanyol, Bernabe Zapata Miralles straight set awal pagi Khamis.
Pilihan kedua dari Serbia itu memburu gelaran Grand Slam ke-24 meraih tiket ke pusingan 32 menerusi kemenangan 6-4, 6-1, 6-1.
Pemain berusia 36 itu memerlukan 1 jam 59 minit untuk mengatasi Zapata Miralles.
“Saya masih beraksi dengan baik walaupun sudah agak berusia,” seloroh Djokovic ketika ditemubual di gelanggang selepas meraih kemenangan.
Dalam keadaan panas dan lembap di Stadium Arthur Ashe, Djokovic membuat Miralles keletihan pada set pertama.
Sebaik memasuki set kedua, juara tiga kali Terbuka AS itu terus mematikan langkah lawannya itu.
Biarpun dilihat mudah menewaskan Miralles, namun Djokovic tetap menganggap perlawanan itu sebagai mencabar.
“Ia adalah perlawanan yang sukar, terutamanya pada set pertama. Saya tidak bermula dengan baik tetapi di set kedua dan ketiga lebih berkualiti.
“Saya gembira dengan cara saya menamatkan aksi ini,” ujar Djokovic.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Novak Djokovic
#Terbuka Amerika Syarikat
#tenis
#Bernabe Zapata Miralles
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan