Pahang mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Malaysia 2015 selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas PDRM, malam tadi.

Bermain di padang licin, kedua buah pasukan cuba menyesuaikan dengan menyusun rentak berhati-hati.

Pada minit 28, Dickson Nwakaeme dengan tenang meletakkan bola ke dalam jaring selepas menerima umpanan cantik daripada Hafiz Kamal.

Berselang dua minit selepas itu, Matias Conti menjadikan kedudukan 2-0 akibat salah faham The Cops di bahagian pertahanan.

Bersambung aksi separuh masa kedua, kedua-dua pasukan memiliki peluang seimbang, namun masih belum dapat mengatur gerakan-gerakan yang mengancam penjaga gol.

Pada minit-81, Stadium Shah Alam bergema lagi dengan gol ketiga Pahang, menerusi tandukan Conti yang berpunca daripada sepakan sudut.

Sebelum itu, penjaga gol PDRM, Badrulzaman berjaya menafikan peluang terbuka Hafiz Kamal.

Seminit di penghujung perlawanan, Tok Gajah memasukkan D. Saarvindran dan bekas pemain Harimau Muda A itu nyaris menambah gol menerusi sentuhan pertamanya.

Di Stadium Selayang, PKNS berjaya mengikat Pulau Pinang 1-1. Jaringan telah berjaya dihasilkan oleh penyerang Lee Gil Hoon pada minit ke-17 buat Pulau Pinang manakala Alif Haikal Sabri menyamakan kedudukan pada minit ke-44.

Terengganu berjaya mengutip 3 mata penuh selepas menewaskan JDT II di . Issey Nakajima meletak skuad Penyu dihadapan pada minit ke-9, Shahril Ishak berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-35. Terengganu memastikan kemenangan berpihak kepada mereka, Ismail Faruqi Asha'ri menyempurnakan sepakan penalti sebelum tamat perlawanan.