SEORANG pemain bola sepak etnik Uighur berbakat besar yang sebelum ini dilaporkan ditahan pihak berkuasa wilayah Xinjiang, telah dibebaskan dan memulakan kembali latihan bersama pasukanya.

Erfan Hezim, 20, merupakan atara individu yang ditahan di kawasan tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Erfan ditahan Februari lalu selepas pulang ke rumahnya di Xinjiang dari Sepanyol dan Dubai untuk perlawanan dan latihan pasukan, lapor portal South China Morning Post.

Penahanan beliau mencetuskan kemarahan komuniti boleh sepak antarabangsa sehingga memaksa Persekutuan Pemain Bola Sepak Profesional Antarabangsa (FIFPro) mengeluarkan kenyataan mengecam penahanan beliau dan menuntut Erfan dibebaskan segera.

Erfan merupakan salah seorang dari 1 juta etnik Uighur yang dianggarkan diburu pihak berkuasa Xinjiang.

Wilayah itu menerima kecaman antarabangsa kerana menahan entik Uighur yang beragama islam dan menghantar mereka ke kem jati diri dan dipaksa meninggalkan agama mereka serta berikrar taat setia kepada parti komunis, menurut kenyataan bekas tahanan.

Beijing bagaimanapun menegaskan kem itu adalan ‘Pusat Latihan Vokasional’ yang berperanan penting untuk membasmi ‘keganasan agama’ dan menjamin kestabilan.