PEMAIN bola sepak wanita antarabangsa Brazil, Formiga bakal menjadi pemain bola sepak pertama memecahkan rekod menyertai tujuh kojohanan Piala Dunia.

Memetik laporan berita BBC, pemain bola sepak bahagian tengah berusia 41 tahun itu dikhabarkan telah disenarai dalam skuad untuk kejohanan wanita di Perancis.

Bintang pasukan Paris Saint Germain itu pernah berkongsi rekod penyertaan enam kojohanan Piala Dunia bersama dengan pemain bola sepak wanita Jepun Homare Sawa, yang memimpin pasukan Jepun ke kejayaan Piala Dunia pada tahun 2011.

Jika Formiga bermain di Perancis, dia juga akan menjadi pemain tertua yang muncul dalam kejohanan Piala Dunia wanita.

Dalam kejohanan lelaki, tiga pemain telah bermain di lima Piala Dunia iaitu Rafael Marquez dari Mexico serta Antonio Carbajal dan Lothar Matthaus dari Jerman.

BACA: Kempen promosi skuad bola sepak wanita Jerman agak nakal

Penampilan dalam siri Piala Dunia Formiga yang pertama adalah pada tahun 1995 yang pada ketika itu dia baru berusia 17 tahun.

Dia bakal menyertai barisan pemain Brazil yang lain termasuk Marta Vieira da Silva yang pernah menyertai enam kejohanan Piala Dunia.

Marta juga merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia wanita dengan 15 gol.