Pemain pelapis badminton negara harus diberi banyak pendedahan dalam kejohanan antarabangsa bagi mempersiapkan mereka beraksi di peringkat lebih tinggi seperti Piala Thomas dan Sukan Olimpik.
Bekas ketua jurulatih negara, Yap Kim Hock berpendapat keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menghantar pemain nombor dua negara dalam kategori masing-masing ke Kejohanan Berpasukan Campuran Asia di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam adalah satu keputusan tepat.
Pada kejohanan tersebut, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Indonesia dan Sri Lanka.
Skuad negara ke kejohanan itu dibarisi oleh Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Lim Chi Wing (perseorangan lelaki); Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (beregu lelaki); Ho Yen Mei, Lee Ying Ying (perseorangan wanita); Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, Lim Yin Loo-Yap Cheng Wen (beregu wanita); dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (beregu campuran).
"Saya rasa kita kena bagi peluang kepada barisan pelapis terutama pemain kedua dan ketiga negara untuk beraksi dalam sebarang kejohanan antarabangsa dan letakkan satu sasaran yang tinggi untuk beri mereka motivasi.
"Selepas letak sasaran tinggi, menjadi tanggungjawab jurulatih pula untuk beri satu latihan insentif agar mereka dapat capai apa yang diinginkan," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.
Kim Hock, bagaimanapun berkata tindakan susulan perlu dilaksanakan ke atas pemain pelapis berkenaan bagi memastikan ada peningkatan prestasi setiap kali beraksi di peringkat antarabangsa.
Katanya, jika pemain muda negara tidak diberikan peluang berada sebaris dengan barisan utama negara, mereka sudah pasti tidak dapat mengembangkan bakat untuk pergi lebih jauh.
Selain peluang yang diberikan kepada pemain, persatuan juga perlu mengambil inisiatif menyediakan jurulatih antarabangsa terutama mereka yang pernah melahirkan jaguh dunia ataupun pemenang pingat Sukan Olimpik untuk melatih skuad negara.
Kim Hock mengakui adalah tidak mudah untuk melahirkan jaguh dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dan ikon sepertinya tidak boleh dibentuk dalam jangka masa yang singkat.
"Bukan senang nak lahirkan pemain seperti Chong Wei, jadi kita perlukan banyak platform dan usaha. Saya percaya semua pihak memang sedang berusaha dan jika kita menggunakan platform yang tepat, kita boleh capai kejayaan besar ini.
"Liga Purple League adalah salah satu contoh platform yang telah melahirkan bakat baharu. Melalui liga ini, bakat baharu seperti Iskandar dan Lim Chi Wing mungkin berpeluang wakili negara ke Olimpik Tokyo 2020 nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2017
KIM HOCK: Pemain pelapis badminton negara harus diberi banyak pendedahan dalam kejohanan antarabangsa. - fotoBERNAMA
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia tetap dapat sambutan pemain terbaik dunia - BAM
Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 tetap mendapat sambutan dengan kehadiran nama besar dalam kelompok 10 terbaik dunia.
Pemain badminton negara pamer kekuatan mental menjelang Piala Thomas, Uber
Pemain negara mempamerkan tahap kekuatan mental dan psikologi yang mantap serta semangat juang tinggi menjelang saingan Piala Thomas dan Piala Uber pada 27 April hingga 5 Mei ini.
Isu pampasan: Patriotisme perlu atasi perkara lain
Menurutnya, keputusan BAM memperlihatkan betapa terdesaknya badan induk itu untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.
Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024
Selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan berprestij itu.
Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.
Kesihatan Tze Yong jadi keutamaan BAM - Norza
Norza berkata, Tze Yong diberikan ruang untuk kembali pulih sepenuhnya terlebih dahulu.
Tze Yong alami kecederaan tulang belakang - BAM
BAM kini memantau tindak balas Tze Yong terhadap suntikan yang diberikan oleh pihak Institut Sukan Negara (ISN) pada minggu lepas.
BATC 2024: Norza puas hati komitmen pemain meskipun dihimpit isu kecederaan
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berpuas hati dengan komitmen serta semangat juang yang tinggi dipamerkan pemain negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024.