SHAH ALAM: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berpuas hati dengan komitmen serta semangat juang yang tinggi dipamerkan pemain negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 meskipun dihimpit isu kecergasan melibatkan beberapa tonggak utama.
Mohamad Norza berkata dua pemain perseorangan, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong yang terpaksa direhatkan bagi beberapa perlawanan kerana difahamkan masing-masing mengalami kesukaran bernafas akibat resdung dan kecederaan belakang adalah sesuatu yang di luar kawalan.
Sebaliknya, beliau berkata Malaysia yang menggunakan khidmat Leong Jun Hao sebagai pemain perseorangan pertama pada aksi final menentang China semalam, perlu diberi pujian apabila pemain ranking ke-38 dunia itu seolah-olah sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab di pentas besar pada kejohanan akan datang.
"Kita mempunyai kekuatan pada 2024, namun menghadapi pelbagai masalah kecederaan yang menyebabkan pasukan tidak beraksi pada kekuatan sebenar di final.
"Walaupun gagal mempertahankan (kejuaraan), kita ingin mengucapkan tahniah kepada pemain yang telah memberikan segalanya untuk sampai ke peringkat final ini," katanya kepada pemberita selepas Malaysia ditundukkan China 0-3 pada aksi final BATC 2024 di Pusat Konvensyen Setia City semalam.
Terdahulu, Zii Jia direhatkan daripada menyertai aksi suku akhir (16 Feb) serta final (18 Feb) kerana masalah resdung, manakala Tze Yong menarik diri pada aksi suku akhir menentang Singapura pada Jumaat (16 Feb) selepas dipercayai mengalami kecederaan belakang seperti dilaluinya ketika Terbuka Malaysia bulan lepas.
Tze Yong hanya bertahan kira-kira tiga minit untuk merekodkan 1-3 ke atas Jason Teh.
Mohamad Norza turut berpendapat kejayaan pasukan negara membelasah Taiwan dan Jepun, masing-masing di peringkat suku akhir (16 Feb) dan separuh akhir (17 Feb) membuktikan pasukan negara tidak ambil mudah terhadap perjuangan mereka di kejohanan dwitahunan itu.
Beliau yakin barisan kejurulatihan yang diketuai Rexy Mainaky akan bersikap proaktif dengan melakukan sesi 'bedah siasat' terhadap prestasi atlet negara dalam mengharungi saingan Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, April ini.
"Saya rasa kita automatik layak ke Piala Thomas (selepas berada dalam kelompok empat terbaik di BATC) dan yakin kalau buat persediaan yang lebih baik, kita akan dapat menyaingi kuasa besar terutamanya dalam merampas semula Piala Thomas (kali terakhir juara pada 1992).
"Jadi, saya rasa apa yang harus lakukan adalah kita sudah nampak laluan ke Piala Thomas dan saya berharap Rexy serta mereka yang lain dapat membina momentum tersebut ke Chengdu," katanya yang juga pengerusi bersama program 'Road To Gold' (RTG).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024
Mohamad Norza berpendapat kejayaan pasukan negara membelasah Taiwan dan Jepun, masing-masing di peringkat suku akhir dan separuh akhir membuktikan mereka tidak ambil mudah perjuangan di kejohanan dwitahunan itu.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Wei Chong-Kai Wun perlu fokus rebut slot ke Piala Thomas 2024
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun perlu fokus terhadap misi merebut tempat dalam skuad Piala Thomas 2024 selepas tidak disenaraikan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.
Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah
Rexy berkata, ikhtiar itu diharap dapat membantu Tze Yong beraksi pada dua kejohanan di Eropah pada 12-17 Mac.
'Bawa nama negara itu jauh lebih penting'
Kehadiran pemain muda tidak menghalang pemain kidal berusia 29 tahun ini untuk berbakti kepada bumi Jepun.
Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza
Keresahan disuarakan Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan BATC 2024 mempunyai asas tersendiri.
BATC 2024: Norza puas hati komitmen pemain meskipun dihimpit isu kecederaan
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berpuas hati dengan komitmen serta semangat juang yang tinggi dipamerkan pemain negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024.
Mental pemain 'goyah' dengan perubahan taktikal pada aksi final BATC 2024
Situasi itu berlaku apabila dua tonggak perseorangan utama negara terpaksa direhatkan susulan tidak berada dalam keadaan cergas sepenuhnya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Februari 2024.
Jun Hao akui terkejut galas tanggungjawab besar di pentas final BATC 2024
Jun Hao mengakui terkejut apabila terpaksa memikul tanggungjawab besar sebagai pemain pertama pada aksi final menentang China pada BATC di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.
BATC 2024: Hasrat Malaysia pertahan gelaran tidak kesampaian, tewas 0-3 kepada China
Hasrat skuad lelaki negara untuk mempertahankan gelaran BATC tidak kesampaian apabila tumpas 0-3 kepada skuad China pada aksi final.
SELBATC: Zii Jia, Tze Yong tiada dalam senarai aksi final
Zii Jia dilaporkan kembali mengalami masalah pernafasan manakala Tze Yong pula masih bergelut dengan kecederaan otot belakang.