awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang - BAM

Bernama
Bernama
20/02/2024
08:35 MYT
Tze Yong alami kecederaan tulang belakang - BAM
BAM kini memantau tindak balas Tze Yong terhadap suntikan yang diberikan oleh pihak Institut Sukan Negara (ISN) pada minggu lepas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.
Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ketua Perubatan Sukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Ooi Yu Hang yang menegaskan ia bukan kecederaan berulang seperti dialami Tze Yong pada Terbuka Malaysia 2024, yang menyaksikan pemain di ranking ke-15 dunia itu mengalami kecederaan koyak otot pada bahagian belakang.
Yu Hang berkata pihaknya kini memantau tindak balas Tze Yong terhadap suntikan yang diberikan oleh pihak Institut Sukan Negara (ISN) pada minggu lepas.
"Ia kecederaan berbeza (daripada Terbuka Malaysia). Koyak (otot) ketika Terbuka Malaysia telah sembuh. (Kali ini) berkaitan tulang belakang dan cakera. Tze Yong telah mengambil suntikan minggu lepas.
"Kami perlu memantau (beliau) seperti yang disarankan oleh doktor dari ISN untuk melihat bagaimana beliau bertindak balas terhadap suntikan itu dalam 10 hari ini.
"Jadi dalam 10 hari ini kami mengizinkan Tze Yong melakukan latihan kemahiran ringan namun fokus utama ialah pemulihan untuk menguatkan otot di sekeliling bagi melindungi kecederaan itu," katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini hari ini.
Tze Yong yang diturunkan pada perlawanan suku akhir BATC 2024 menentang pemain Singapura Jason Teh pada Jumaat lepas, hanya bertahan kira-kira tiga minit sebelum menarik diri daripada kejohanan dwitahunan itu.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAM
#Ng Tze Yong
#kecederaan
#tulang belakang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan