SEBANYAK 28,000 tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) akan dijual kepada para penyokong bermula pukul 10 pagi esok.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Ahmad Shahrul Azhar Sofian berkata daripada jumlah keseluruhan, sebanyak 11,000 tiket akan dijual di 10 daerah seluruh negeri manakala selebihnya di Stadium Perak di sini yang merupakan lokasi perlawanan.
Katanya lokasi yang dipilih untuk operasi jualan tiket tersebut adalah Slim River, Manjung, Perak Tengah, Kuala Kangsar, Teluk Intan, Gerik, Kerian, Taiping, Bagan Datuk dan Tapah.
"Setiap daerah kita tetapkan hanya 1,100 tiket dengan 1,000 untuk tiket dewasa dan 100 tiket untuk kanak-kanak.
"Penjualan juga akan dilakukan selama dua hari iaitu Slim River, Manjung, Teluk Intan, Kerian dan Kuala Kangsar bermula Khamis, manakala Jumaat untuk Tapah, Perak Tengah, Taiping, Gerik serta Bagan Datuk," katanya, dalam sidang media di Pejabat PAFA di sini, hari ini.
Beliau berkata, tujuan PAFA menjalankan operasi jualan tiket di 10 daerah adalah untuk mempromosi dan melihat sendiri sambutan peminat terhadap aksi perlawanan separuh akhir tersebut.
"Kita percaya tiket itu akan habis terjual memandangkan ini merupakan perlawanan tumpuan membabitkan dua jagoan dan berharap operasi penjualan berjalan lancar," katanya.
Selain itu, katanya sebanyak 200 tiket diperuntukkan kepada penyokong JDT yang akan berkunjung ke Ipoh hasil perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ).
"Kita juga telah sediakan tempat duduk khas untuk penyokong JDT di samping pasukan pengawal yang akan menjaga keselamatan mereka," katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berharap perlawanan akhir itu akan berlangsung atas semangat kesukanan tanpa membabitkan sebarang kekecohan.
"Saya minta semua pihak terutama penyokong kedua-dua pasukan jangan buat perkara tidak sepatutnya, bawa alat terlarang kerana kalau ditangkap ia atas tanggungjawab individu itu sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2017
Selamat berjaya kepada kedua-dua pasukan yang bakal bertemu dalam perlawanan tersebut. - Gambar fail
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.