AKSI sengit beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong menentang pasangan China dalam perlawanan pingat emas pada Jumaat meraih tumpuan rakyat Malaysia.

Sekalipun tewas, netizen memuji prestasi Goh-Tan sebagai beregu di tangga ke-12 dunia yang mampu menewaskan lawan berprofil tinggi sehingga layak ke perlawanan akhir.


Kesungguhan sehingga ke saat akhir membuktikan prestasi mereka sebagai gandingan mantap apatah lagi berdepan dengan Fu Haifeng-Zhang Nan yang lebih berpengalaman.

Temasya Olimpik London empat tahun lalu menyaksikan Fu Haifeng memenangi emas beregu lelaki bersama Cai Yun manakala Zhang Nan meraih emas beregu campuran bersama Zhao Lei.

Pada usia 27 tahun, para peminat badminton turut mengharap pasangan Goh-Tan dapat meneruskan pemburuan emas Olimpik mereka apabila Tokyo mengambil alih tugas Rio De Janeiro sebagai tuan rumah pada tahun 2020.

BACA: Syukur Wee Kiong bawa pulang perak untuk negara - Anggota keluarga

BACA: Aksi cemerlang V Shem dapat pujian bapa