Pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yakin dapat mencatat jumlah kehadiran lebih 100,000 penonton pada Grand Prix (GP) MotoGP Malaysia yang bermula Jumaat hingga Ahad ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali, berkata setakat ini lebih 80,000 tiket telah dijual dan jualan tiket diramal bertambah menjelang sesi ujian masa bebas, Jumaat ini.
Untuk rekod, jumlah kehadiran penonton tahun lalu adalah 169,827 orang.
"Kita yakin dapat mencapai jualan 100,000 keping tiket pada hari perlumbaan Ahad ini. Kita juga telah mencapai 90 peratus tahap persediaan di dalam dan luar litar," katanya pada sidang media mengenai taklimat aliran trafik dan pengangkutan awam bersama wakil polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Rapid KL di SIC, di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Razlan menasihatkan penonton ke Litar SIC menggunakan pengangkutan awam, termasuk bas Rapid KL dan penggunaan aplikasi e-hailing, My Car sepanjang berlangsungnya kejuaraan itu bagi mengelak kesesakan trafik.
Beliau pada masa sama turut mendedahkan SIC telah membelanjakan lebih RM24 juta untuk kerja-kerja pengubahsuaian sekitar SIC sejak Januari lalu bagi memberi keselesaan kepada penonton yang hadir menyaksikan GP Malaysia.
"Ini adalah peruntukan yang kita dapat daripada penjimatan perlumbaan F1 yang terdahulu selepas kita tidak melanjutkan kontrak untuk mengadakan perlumbaan F1, dan kita meminta kebenaran daripada kerajaan untuk menggunakan peruntukan berkenaan untuk kerja-kerja pengubahsuaian SIC," jelas Razlan.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) Prasarana, Muhammad Nizam Alias, berkata pihaknya akan menyediakan hampir 200 buah bas bagi memudahkan penonton pergi ke Litar SIC.
Beliau menjelaskan bas Rapid KL akan membawa penonton untuk menyaksikan GP Malaysia dari tiga tempat utama iaitu KL Sentral, KLCC dan KLIA, dan bas berkenaan akan mula beroperasi seawal jam 8 pagi sehingga 9 malam pada Jumaat dan Sabtu ini dan dari jam 8 pagi hingga 7 malam pada hari perlumbaan Ahad ini.
Beliau berkata jualan tiket bas Rapid KL telah mula dijual sejak 16 Okt lalu di empat stesen sekitar ibu negara, iaitu Stesen LRT Pasar Seni, Masjid Jamek, KLCC dan KL Sentral.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 28 2019
Razlan yakin dapat mencapai jualan 100,000 keping tiket pada hari perlumbaan Ahad ini. - Bernama
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
SIC yakin capai jualan lebih 100,000 tiket GP Malaysia
Setakat ini lebih 80,000 tiket telah dijual dan jualan tiket diramal bertambah.
SIC teroka platform e-sukan cungkil bakat pelumba kereta profesional
Melalui penganjuran bersama e-sukan bersama SIC dan RaceRoom Malaysia, pemenang kejohanan itu berpeluang menjadi pelumba profesional.
SIC yakin dapat penaja baharu sebelum saingan MotoGP 2018
SIC Racing Team sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa penaja swasta yang berminat menaja pasukan berkenaan dan rundingan dijangka dimuktamadkan sebelum pelancaran pasukan itu pada 20 Februari
SIC sudah ada perancangan lima tahun untuk Litar Sepang
Promoter sukan permotoran, Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) sudah mempunyai pelan jangka panjang untuk mengoptimumkan penggunaan Litar Sepang pada masa akan datang.
SIC akan laksana kerja penambahbaikan litar
Promoter dan penganjur perlumbaan, SIC, akan melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan Litar Antarabangsa Sepang, pada Mei atau Jun ini.
SIC tawar diskaun pembelian tiket awal MotoGP
Penganjur dan promoter sukan permotoran, Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) menawarkan tiket diskaun bagi menyaksikan perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) tahun ini.
SIC tidak tutup kedai - Razlan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan tetap beroperasi walaupun ia tidak lagi menjadi tuan rumah kepada perlumbaan Formula Satu (F1) selepas kontraknya tamat pada tahun 2018.
Konsert Lenny Kravitz di Grand Prix F1 Malaysia pada 29 Mac
Pemenang empat anugerah Grammy Awards, Lenny Kravitz akan membuat persembahan selama 70 minit di kejohanan Grand Prix F1 Petronas Malaysia 2015 pada 29 Mac ini.
SIC: Kematian Muhammad Izzat adalah kerana kemalangan
Kemalangan yang berlaku tidak ada kena mengena dengan kecuaian pelumba mahupun marshal perlumbaan.
Zulfahmi tidak sabar untuk beraksi
Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin yakin mampu memberikan cabaran lebih kuat musim ini.