Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan tetap beroperasi walaupun ia tidak lagi menjadi tuan rumah kepada perlumbaan Formula Satu (F1) selepas kontraknya tamat pada tahun 2018.
Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Razlan Razali berkata keputusan kerajaan untuk tidak memperbaharui kontrak dengan Pengurusan Formula Satu tidak akan menjejaskan penggunaan litar itu yang masih menerima banyak respons untuk penganjuran pelbagai acara, termasuk aktiviti bukan berbentuk sukan.
"Tidak benar kami akan tutup kedai jika F1 tidak dianjurkan selepas 2018 kerana hampir 90 peratus daripada litar kami digunakan untuk pelbagai aktiviti setiap tahun.
Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) akan menjadi acara utama kami selepas 2018 kerana acara itu sendiri berjaya menarik banyak peminat setiap tahun tetapi kami tetap melihat kepada usaha untuk menambah baiknya memandangkan kami baharu menandatangani lanjutan kontrak (dengan pemegang hak MotoGP, Dorna Sports) sehingga 2021," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata jualan tiket untuk MotoGP Malaysia 2017 dijangka diumumkan pada pertengahan Januari tahun depan.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dilaporkan berkata negara ini tidak lagi akan menjadi tuan rumah kepada perlumbaan F1 selepas kontraknya tamat pada 2018.
Beliau berkata kerajaan membelanjakan RM300 juta saban tahun untuk perlumbaan F1, tetapi pulangannya kurang daripada jumlah yang dibelanjakan.
Dalam perkembangan lain, Razlan berkata SIC akan bekerjasama dengan Boon Siew Honda Racing Team untuk mengeluarkan lebih banyak pelumba muda untuk menggantikan pelumba sedia ada.
Beliau berkata tujuh pelumba muda yang dipilih daripada Kejohanan Piala Bakat Asia akan menjalani latihan intensif di bawah Boon Siew Honda Team pda Januari ini, yang mana hanya pelumba terbaik akan diberi peluang untuk bertanding sama ada dalam Kejohanan Motosikal Repsol CEV FIM atau Kejohanan Dunia Moto3 dari 2018 dan seterusnya.
"Kami tidak mempunyai pelumba yang mampu bertanding di kejohanan yang lebih tinggi, tahun depan, justeru kami perlu melatih mereka dari sekarang. Diharap, perkongsian ini akan membolehkan kami menarik lebih banyak bakat yang baik untuk bertanding dalam kejohanan peringkat lebih atas," kata Razlan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 27 2016
RAZLAN: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan tetap beroperasi walaupun ia tidak lagi menjadi tuan rumah kepada perlumbaan Formula Satu (F1). - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
SIC yakin capai jualan lebih 100,000 tiket GP Malaysia
Setakat ini lebih 80,000 tiket telah dijual dan jualan tiket diramal bertambah.
SIC teroka platform e-sukan cungkil bakat pelumba kereta profesional
Melalui penganjuran bersama e-sukan bersama SIC dan RaceRoom Malaysia, pemenang kejohanan itu berpeluang menjadi pelumba profesional.
SIC yakin dapat penaja baharu sebelum saingan MotoGP 2018
SIC Racing Team sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa penaja swasta yang berminat menaja pasukan berkenaan dan rundingan dijangka dimuktamadkan sebelum pelancaran pasukan itu pada 20 Februari
SIC sudah ada perancangan lima tahun untuk Litar Sepang
Promoter sukan permotoran, Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) sudah mempunyai pelan jangka panjang untuk mengoptimumkan penggunaan Litar Sepang pada masa akan datang.
SIC akan laksana kerja penambahbaikan litar
Promoter dan penganjur perlumbaan, SIC, akan melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan Litar Antarabangsa Sepang, pada Mei atau Jun ini.
SIC tawar diskaun pembelian tiket awal MotoGP
Penganjur dan promoter sukan permotoran, Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) menawarkan tiket diskaun bagi menyaksikan perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) tahun ini.
SIC tidak tutup kedai - Razlan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan tetap beroperasi walaupun ia tidak lagi menjadi tuan rumah kepada perlumbaan Formula Satu (F1) selepas kontraknya tamat pada tahun 2018.
Konsert Lenny Kravitz di Grand Prix F1 Malaysia pada 29 Mac
Pemenang empat anugerah Grammy Awards, Lenny Kravitz akan membuat persembahan selama 70 minit di kejohanan Grand Prix F1 Petronas Malaysia 2015 pada 29 Mac ini.
SIC: Kematian Muhammad Izzat adalah kerana kemalangan
Kemalangan yang berlaku tidak ada kena mengena dengan kecuaian pelumba mahupun marshal perlumbaan.
Zulfahmi tidak sabar untuk beraksi
Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin yakin mampu memberikan cabaran lebih kuat musim ini.