PEMAIN dart Fallon Sherrock mencatat sejarah apabila muncul wanita pertama kalahkan lawannya, pemain lelaki dalam sukan dart profesional.
Sherrock, 25 tahun, berasal dari Milton Keynes adalah antara lima wanita yang pernah bertanding dalam sejarah Kejohanan Dart Dunia Professional Darts Corporation (PDC) yang diadakan di Alexandra Palace, London pada Selasa.
Lawannya, Ted Evetts 22, tumbang 3-2 dalam perlawanan pusingan awal yang diadakan di Alexandra Palace, London.
Evetts bukan calang-calang lawan - pemain profesional yang berada di tangga 77 ranking pemain dart dalam senarai PDC.
Sherrock layak bertanding dalam acara terbuka ini mengambil satu dari dua tempat yang dikhaskan untuk pemain wanita.
Seorang lagi pemain wanita – Miruku Suzuki dari Jepun juga bemain dalam pertandingan yang sama disertai 96 orang pemain dart profesional.
Tidak seperti Sherrock, Suzuki kalah di tangan pemian England James Richardson 3-2.
Sebelum ini, Gayl King dari Kanada merupakan pemain dart profesional wanita pertama mengambil bahagian dalam kejohanan ini pada tahun 2000.
Pemain wanita lain yang bertanding dalam kejohanan PDC ini termasuk Anastasia Dobromyslova dari Rusia (2009 dan 2019) dan Lisa Ashton (2019) dari England.
Dart adalah salah satu sukan yang dipertandingkan dalam dewan dan terkenal sebagai sukan yang didominasi kaum lelaki.
Ketangkasan fizikal bukan menjadi kriteria utama dan ini membuka peluang bagi kaum wanita untuk bertanding satu-lawan-satu tanpa mengira gender.
Untuk mengalahkan Evetts, Sherrock berjaya mencatat 'triple 60' (180) enam kali, 140 sebanyak 19 kali dan catatan 100 ke atas sebanyak 27 kali.
Sukan berkuda acara 'showjumping' juga ditanding secara 'tiada halangan gender' di mana penunggang wanita berdepan dengan penunggang lelaki dalam gelanggang yang sama.
Di Amerika, pelumba Danica Patrick berjaya mengatasi kaum Adam apabila memenangi perlumbaan NASCAR Sprint Car Series pada 2013.
Sukan motosikal juga terbuka kepada semua tanpa mengira gender. Ana Carrasco dari Sepanyol muncul pelumba wanita pertama menang satu perlumbaan motosikal kejohanan dunia di Portimao, Portugal.
Dalam sukan kapal layar, perlumbaan kelas Nacra 17 – kapal layar dengan 2 krew – turut dipertanding tanpa mengira gender.
Razak Chik
Wed Dec 18 2019
Sherrock layak bertanding dalam acara terbuka ini mengambil satu dari dua tempat yang dikhaskan untuk pemain wanita. - AP
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Sukan dart catat sejarah: Lelaki tumbang, wanita gagah!
Buat pertama kali pemain wanita berjaya kalahkan lawan kaum Adam dalam dalam sukan dart profesional.