Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menegaskan bahawa temasya Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 tidak akan dibatalkan.
Bagaimanapun, beliau berkata beberapa perubahan akan dilakukan termasuk mengadakan Sukan Para Sukma terlebih dahulu dan kemudiannya Sukma.
Sebelum ini, temasya dwitahunan terbesar negara yang sepatutnya berlangsung pada Julai, ditangguhkan ke tahun hadapan susulan penularan COVID-19.
"Setelah meneliti perkara yang dibentangkan oleh Sektariat Sukma Johor dalam mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Tertinggi sebulat suara bersetuju supaya Para Sukma 2020 dianjurkan terlebih dahulu iaitu pada 8-13 Mac 2021.
"Ini mengambil perkiraan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang akan berlangsung bermula 1-19 Mac yang setelah dihitung, hampir 171 orang atlet terlibat dalam peperiksaan tersebut," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma Johor 2020 di Kota Iskandar di sini, hari ini.
Reezal Merican berkata beliau akan mengadakan mesyuarat terakhir bersama jawatankuasa sama pada Disember ini bagi menentukan tarikh sebenar penganjuran temasya Sukma.
"Saya mengambil langkah secara lebih terancang kerana tindakan ini tidak akan menyebabkan kita melakukan perkara yang terburu-buru.
"Bayangkan kalau kita batal, kita telah hantar isyarat yang tidak betul kepada komuniti sukan kerana ini membawa kesan terhadap perkara seperti latihan dan penajaan," katanya.
Mengulas lanjut mesyuarat berkenaan, Reezal Merican berkata pihaknya turut membincangkan mengenai penggiliran tuan rumah Sukma antara negeri dan pusat.
"Pihak kerajaan melalui Unit Perancangan Ekonomi telah sarankan supaya kami (kementerian) mengubah model penganjuran Sukma untuk mengurangkan beban terutama dalam aspek perbelanjaan modal yang menelan kos hampir suku bilion. Bayangkan, suku bilion perlu dibelanjakan setiap tahun.
"Meneliti keadaan itu, maka jawatankuasa tertinggi Sukma mencadangkan agar ia diadakan secara bergilir. Maknanya, dua tahun diadakan di negeri, manakala dua tahun berikutnya di Lembah Klang iaitu di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Majlis Sukan Negara (MSN).
"Ini sekali gus membolehkan kemudahan yang telah cukup lengkap di Selangor dan Kuala Lumpur dapat diguna secara lebih kerap, dengan cara itu, kita tidak memerlukan perbelanjaan modal yang tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 19 2020
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menegaskan bahawa temasya Sukma Johor 2020 tidak akan dibatalkan. - BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.