SEBASTIAN Vettel seharusnya mengambil keputusan untuk bersara daripada Formula Satu berbanding terus berlumba, menurut juara tiga kali, Jackie Stewart.
Selepas Ferrari dan Vettel memilih untuk tidak melanjutkan persetujuan selepas musim ini, pelumba berusia 33 tahun itu mengambil keputusan untuk menyertai pasukan Aston Martin bermula 2021.
Juara empat kali itu bergelut untuk mencabar gelaran sejak menyertai The Scuderia pada 2015, memenangi hanya 14 perlumbaan dalam era yang didominasi Mercedes.
Vettel mengakui sebelum menandatangani dengan Aston Martin bahawa bersara adalah pilihan yang sedang dipertimbangkan, dan Stewart berasakan meninggalkan F1 pasti menjadi pilihan yang baik.
Stewart berkata, "Sebastian Vettel seorang lelaki budiman. Dia mempunyai kerjaya yang luar biasa dan saya secara peribadi ingin melihatnya bersara dan melakukan apa yang saya lakukan.
"Pergi ke beberapa acara terbaik, melibatkan diri dengan beberapa syarikat multinasional terbaik. Dia akan menjadi duta besar sukan ini. Tetapi jika dia mahu terus berlumba, itu kerana dia amat menggemari sukan ini."
Vettel hanya meraih 17 mata bagi musim 2020, dengan Charles Leclerc sekadar meraih dua podium.
The Scuderia di tangga keenam dalam kedudukan kejohanan jentera dan Stewart berharap kesengsaraan mereka tahun ini bukan tanda penurunan bagi jangka masa panjang.
"Ferrari adalah salah satu jenama hebat yang pernah wujud. Apa pun alasannya, tahun ini telah menjadi bencana bagi mereka. Saya berharap dan berdoa agar tahun depan kita dapat melihat Ferrari sebagaimana mereka berada seperti sebelum ini."
Juara bertahan, Lewis Hamilton, menyamai rekod 91 kemenangan yang disandang Michael Schumacher di Nurburgring dan dijangka melintasinya dii Grand Prix Portugal minggu hadapan.
Astro Arena
Sat Oct 17 2020
Sebastian Vettel ketika dalam perlumbaan Formula One GP Eifel, di Nurburgring, Nurburg, Jerman, 11 Okt, 2020. REUTERS
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
F1: Dominasi Max Verstappen tidak peroleh penghargaan sewajarnya - Fernando Alonso
Verstappen menyamai rekod Sebastian Vettel yang mencatatkan sembilan kemenangan berturut-turut dengan aksi cemerlang dalam GP Belanda.
F1: Sebastian Vettel umum bersara akhir musim
Sebastian Vettel akan menamatkan kerjayanya sebagai pelumba Formula Satu (F1) di penghujung musim.
F1: Vettel tidak akan sertai GP Rusia selepas serangan ke atas Ukraine
Sebastian Vettel mendedahkan bahawa dia sudah membuat keputusan untuk tidak menyertai perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Rusia pada September depan.
F1: Kesilapan punca Verstappen bermula di belakang duo Mercedes
Kali terakhir pemandu F1 yang mewakili Red Bull itu menang ialah di Imola dan pasukannya sekali lagi kelihatan menikmati rentak terbaik di Portimao dalam pusingan kelayakan.
Vettel patut pilih untuk bersara - Jackie Stewart
Vettel mengakui sebelum menandatangani dengan Aston Martin bahawa bersara adalah pilihan yang sedang dipertimbangkan, dan Stewart berasakan meninggalkan F1 pasti menjadi pilihan yang baik.
'Kegiatan gila' jika benar Ferarri usir Vettel - Button
Ferrari minggu lalu mengumumkan kerjasama mereka bersama Vettel tidak akan dilanjutkan sejurus musim 2020 berakhir setelah gagal mencapai kesepakatan.
Button terkejut dengan keputusan Vettel tinggalkan Ferrari
Vettel menafikan wang adalah alasan pemergiannya, dengan menyatakan kedua-dua pihak "tidak mempunyai keinginan untuk tetap bersama."
F1 GP Australia: Tuah musim baharu untuk Bottas?
Valterri Bottas atasi Lewis Hamilton untuk muncul juara GP Australia dalam perlumbaan pembukaan F1 musim ini.
Raikkonen tangguh pesta kejuaraan Hamilton di Austin
Juara bertahan, Hamilton, berpeluang untuk merangkul kejuaraan pemandu di Austin, begitupun dia hanya mampu menamatkan saingan di tempat ketiga di depan seteru utamanya, Sebastian Vettel.
Lewis Hamilton menang GP Singapura, Sebastian Vettel di tempat ketiga
Ia sekali gus mengukuhkan kedudukannya untuk menang gelaran dunia sekali lagi.