awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

F1: Dominasi Max Verstappen tidak peroleh penghargaan sewajarnya - Fernando Alonso

Astro Arena
Astro Arena
29/08/2023
01:30 MYT
F1: Dominasi Max Verstappen tidak peroleh penghargaan sewajarnya - Fernando Alonso
Verstappen menyamai rekod Sebastian Vettel yang mencatatkan sembilan kemenangan berturut-turut dengan aksi cemerlang dalam Grand Prix Belanda Ahad lalu. - Foto AP
FERNANDO Alonso percaya kejayaan Max Verstappen yang menyamai rekod Formula Satu telah dipandang remeh.
Verstappen menyamai rekod Sebastian Vettel yang mencatatkan sembilan kemenangan berturut-turut dengan aksi cemerlang dalam Grand Prix Belanda Ahad lalu.
Pemandu jentera Red Bull itu mendahului 138 mata di puncak kejohanan dunia dan boleh menutup gelaran ketiganya seawal bulan depan.
Awal musim ini, Lewis Hamilton menyifatkan jentera Red Bull Verstappen sebagai kereta terpantas yang pernah dilihatnya.
Namun semasa Verstappen mencatat sembilan berturut-turut, rakan sepasukan Sergio Perez - satu-satunya pemandu lain yang memenangi perlumbaan pada 2023 - telah menamatkan podium lima kali.
Dan juara dunia berganda Alonso, naib juara kepada Verstappen di Zandvoort, berkata, “Kejayaan dipandang remeh apa yang dicapai oleh Max. Untuk menang dengan cara yang dominan dalam mana-mana sukan profesional adalah sangat rumit.
“Hari ini saya rasa serasi dengan kereta itu dan saya mampu memberikan 100 peratus kebolehan saya tetapi mungkin di perlumbaan lain di Belgium atau Austria, sebagai contoh, saya tidak mampu melakukannya.
“Tetapi apa yang telah diusahakan Max membenarkan dirinya mendominasi saingan musim ini.” - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Fernando Alonso
#Max Verstappen
#Formula 1
#Sebastian Vettel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan