awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tinjau operasi ETS3 KL-JB
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

F1: Vettel tidak akan sertai GP Rusia selepas serangan ke atas Ukraine

Astro Arena
Astro Arena
25/02/2022
10:56 MYT
F1: Vettel tidak akan sertai GP Rusia selepas serangan ke atas Ukraine
"Saya terjaga pagi ini dan terkejut dengan berita ini," kata juara dunia empat kali itu. - Foto Astro Arena
SEBASTIAN VETTEL mendedahkan bahawa dia sudah membuat keputusan untuk tidak menyertai perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Rusia pada September depan berikutan serangan ke atas Ukraine.
Presiden Rusia, Vladimir Putin, mengambil keputusan untuk menyerang Ukraine hanya beberapa hari selepas Moscow memilih untuk mengiktiraf kemerdekaan dua wilayah pemisah di timur negara itu, dan ia membuatkan rakan sejawatannya di Ukraine, Volodymyr Zelensky, memutuskan segala hubungan diplomatik dengan Russia dan menisytiharkan undang-undang tentera di negara itu.
Serangan itu turut mendapat kecaman dunia dan mula memberikan impak terhadap sukan antarabangsa.
Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) kelihatan akan menggugurkan St Petersburg sebagai venue perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan saingan Liga Perdana Ukraine turut digantung.
Pemandu Aston Martin, Vettel, kini telah membuat keputusan bahawa dia tidak mahu berlumba dalam GP Rusia di Sochi pada September depan.
"Saya terjaga pagi ini dan terkejut dengan berita ini," kata juara dunia empat kali itu.
"Bagi diri saya, pandangan saya adalah saya tidak patut untuk kesana. Saya tidak akan ke sana.
"Saya rasa bersalah untuk berlumba di negara itu.
"Saya sedih dengan orang tidak bersalah yang kehilangan nyawa, yang dibunuh atas alasan bodoh kerana kepimpinan yang amat-amat pelik dan gila.
"Saya pasti kami akan membincangkannya tetapi GPDA (Persatuan Pemandu Grand Prix) masih belum membuat keputusan sebulat suara," katanya.
Topic Berkaitan
#Sebastian Vettel
#Vladimir Putin
#Rusia
#Ukraine
#F1
#Grand Prix
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan