Penganjuran Kongres dan Kejohanan Persekutuan Robot Bola Sepak Antarabangsa (FIRA) Piala Malaysia menjadi medium terbaik untuk negara melahirkan saintis dan jurutera yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata pendedahan terhadap bidang robotik masih baru di negara ini jika dibandingkan dengan negara maju yang lain.
"Kejohanan FIRA Piala Malaysia merupakan platform yang baik bagi menterjemahkan teori yang dipelajari semasa proses pengajaran dan pembelajaran kepada projek masa sebenar iaitu sistem robot bola sepak dan kemahiran mengendalikan peralatan elektronik serta komputer.
"Pertandingan ini juga dapat membentuk sikap kreatif dalam diri pelajar kerana kreativiti merupakan salah satu ciri yang dikehendaki syarikat multinasional untuk mencari pekerja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menutup Kejohanan FIRA Piala Malaysia di sini hari ini.
Teks ucapannya dibacakan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Datuk Mohlis Jaafar.
Justeru katanya, pertandingan berkenaan wajar diteruskan agar kemahiran pelajar dapat diketengahkan seterusnya mampu membuka mata pihak industri tentang kelebihan pelajar dalam bidang robotik, sains dan teknologi.
Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan politeknik mempunyai peranan yang besar dalam mencorak masa hadapan bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara.
Katanya, ini kerana pelanggan dan pemain industri meletakkan kehendak yang semakin tinggi dan mencabar pada hari ini.
Sementara itu, Mohlis dalam sidang media berkata, Jabatan Politeknik telah mewujudkan dua Pusat Robotik bagi meningkatkan kemahiran dalam kalangan pelajar bidang berkenaan.
"Dua pusat berkenaan diwujudkan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim. Ia kini dalam peringkat pelaksanaan dan kita akan menambah kelengkapan yang diperlukan dari semasa ke semasa," katanya.
Dalam pada itu Mohlis menambah, komitmen dan penyertaan yang ditunjukkan dalam kejohanan selama enam hari bermula dari 29 Mei itu menunjukkan kejayaan yang memberangsangkan dengan merekodkan jumlah penyertaan paling banyak sepanjang penganjurannya
Ia disertai 86 pasukan daripada 23 institusi pengajian tinggi dari politeknik serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).
Sebanyak enam kategori dipertandingkan dalam kejohanan kali ini yang menyaksikan Politeknik Port Dickson dinobatkan sebagai juara keseluruhan.
Bernama
Fri Jun 03 2016
Pertandingan ini juga dapat membentuk sikap kreatif dalam diri pelajar kerana kreativiti merupakan salah satu ciri yang dikehendaki syarikat multinasional untuk mencari pekerja. - Foto Bernama
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Kiraan 'likes' di Instagram mungkin akan disorok
Tujuannya untuk memastikan hanya kandungan yang berkualiti dikongsi bukan berdasarkan kiraan likes semata-mata.
FIRA jadi platform lahir saintis, jurutera negara
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata pendedahan terhadap bidang robotik masih baru di negara ini jika dibandingkan dengan negara maju yang lain.