Kepuasan Melihat Keindahan Tasik Biru, Kangkar Pulai

Kepuasan Melihat Keindahan Tasik Biru, Kangkar Pulai
Menikmati sendiri keindahan tasik biru memberikan pengalaman yang tidak ternilai - Gambar AWANI Rangers UTM
PULAI: Keindahan tasik  berwarna biru yang terletak di kangkar Pulai, Johor secara kini telah menjadi buah mulut perbualan ramai terutama di kalangan netizen.

Mana tidaknya, rata-rata masyarakat Malaysia termasuk penduduk negeri Johor sendiri tidak mengetahui kewujudan tasik indah yang tersembunyi ini.

Keindahan tasik biru yang semakin hangat diperkatakan, pasti membuatkan ramai yang ingin melihat dengan visual sebenar mengenai keindahan tempat ini apatah lagi tasik berwarna biru dikatakan amat sukar ditemui di tanah air kita.
Tasik biru ini mula viral disebabkan keindahan landskapnya - Foto AWANI Rangers UTM
Sejarah asal kemunculannya tasik biru ini adalah akibat daripada terjadinya tindak balas kimia batuan dan tanah kuari yang merupakan punca air tasik ini kelihatan sangat jernih dan mempersonakan.

Walaupun tiada sebarang hidupan air yang hidup dalan tasik ini, namun keindahan warna airnya yang biru dan jernih, benar-benar membuatkan mata yang dikurniakan tuhan untuk melihat dan menikmati keindahannya yang begitu mempersonakan.

Setelah tasik ini menjadi viral dan diketahui masyarakat, ianya mula mencuri tumpuan kaki hikers, nature lover, trail runners, photographers dan family yang sukakan aktiviti yang sihat.

Untuk meneroka tasik biru ini, bukanlah suatu pengalaman yang sukar ianya adalah suatu pengalaman yang mudah dan boleh diterokai oleh pelbagai lapisan usia.

Namun keselamatan perlu juga diberi penjagaan kerana memasuki kawasan hutan.Bersyukurlah negara kita masih mempunyai tempat tempat yang menarik dan indah untuk dilawati.


* Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers, Fairuz Shima Abd Hamid dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

**Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

***AwaniRangers UTM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Teknologi Malaysia.