Bila lagi anda diberi peluang untuk bermain papan selaju di atas litar lumba bertaraf dunia?
Hujung minggu lalu, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) membuka pintunya kepada orang awam dengan menganjurkan program 'Motorsports-Free Morning' dan saya mengambil peluang itu untuk cuba meluncur di SIC dengan menggunakan papan selaju di litar sepanjang 5.5 km itu.
Bukan sahaja saya, lebih 1,300 individu mengambil peluang untuk menaiki basikal, bermain luncur roda, papan selaju dan berlari mengelilingi litar itu.
Bagi yang menyertainya, ini merupakan peluang terbaik mereka untuk berada di atas litar yang menganjurkan perlumbaan bertaraf dunia seperti Formula One dan juga Moto GP.
Nampaknya permukaan jalan yang kasar menyukarkan pergerakan papan selaju mahupun luncur roda namun ternyata ia satu pengalaman yang berharga.
Ia lebih sesuai untuk aktiviti berbasikal dan juga joging bagi yang gemar menjalani aktiviti sihat.
Lebih menarik, peserta membawa isteri dan anak mereka untuk bersama-sama menjalani aktiviti sihat bersama keluarga tersayang.
Tiada bayaran dikenakan untuk orang ramai terlibat dalam aktiviti yang bermula seawal pukul 6:30 pagi tersebut.
'Motorsport-Free Morning' dirasmikan ketua pegawai eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali.
Ian Johan Ariff
Mon May 25 2015
SIC buka pintu kepada orang awam untuk menjalani aktiviti sihat di litarnya Sabtu lalu. Gambar - Ian Johan Ariff.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
APMC bakal ubah landskap sukan permotoran di rantau ini
Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir berkata penganjuran itu bakal menampilkan bakat terbaik dalam pelbagai disiplin permotoran.
F1 boleh kembali ke Sepang, jika ada tajaan korporat - Mokhzani
Mokhzani berkata hasrat menganjurkan semula F1 masih dalam penelitian, apatah lagi nilai Ringgit yang tidak stabil berbanding USD.
Jualan tiket GP Malaysia capai lebih 50 peratus - SIC
Azhan Shafriman berkata, biarpun SIC berdepan cabaran tertentu, pihaknya berusaha keras untuk memastikan sasaran 170,000 penonton tercapai.
Hamilton rindukan perlumbaan sukar di Litar Sepang
Hamilton berkata, SIC sebuah litar yang menarik dan sentiasa menjanjikan satu perlumbaan yang epik, ketika Grand Prix F1 Malaysia.
8,000 peminat tegar MotoGP Indonesia bakal meriahkan Litar Sepang
Azhan Shafriman Hanif berkata, peminat tegar di Indonesia teruja untuk menyaksikan perlumbaan kedua terakhir dalam kalendar 2022.
SIC perkenal pusat pengalaman memandu pertama di Asia Tenggara
Fasiliti DEC itu selaku hab pendidikan permotoran, akan mula dibina di kawasan SIC pada bulan ini dan dijangka siap tahun hadapan.
Kejuaraan Petronas Cub Prix 2021 kembali bersambung minggu hadapan
Prosedur operasi standard penganjuran acara akan menjadi lebih ketat berbanding dengan apa yang pernah dipraktikkan musim lalu.
Vinales menang perlumbaan MotoGP Malaysia
Pelumba Sepanyol Maverick Vinales yang bermula dari petak kedua menang perlumbaan kelas MotoGP di Grand Prix Motosikal Malaysia 2019 di Litar Sepang.
Quartararo raih petak pertama GP Malaysia
Quartararo tampilkan tunggangan cemerlang di trek kering sepanjang 5.543km itu dengan mencipta rekod masa terpantas 1 minit 58.303 saat.
KBS rayu sektor swasta tampil taja Hafizh Syahrin musim depan
KBS ada menyalurkan dana kepada Hafizh melalui Litar Sepang Antarabangsa (SIC), namun menjangkakan ianya tidak akan mencukupi.