Inisiatif Astro AWANI yang memberikan peluang dan ruang kepada pelajar sekolah menghasilkan video untuk dipaparkan di laman astroawani.com dan di kaca televisyen nyata membuatkan mereka berasa dihargai.

Apatah lagi, hasil karya mereka khususnya dalam bidang kewartawanan mampu diketengahkan menerusi AWANIJr.

Selepas beberapa bulan program AWANIJr dilaksanakan,maklum balas yang diterima sangat memberansangkan daripada sekolah-sekolah yang pernah menghantar penyertaan.


Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ketengah Jaya Terengganu dan banyak lagi sekolah lain misalnya adalah antara sekolah yang boleh dikatakan aktif dalam membabitkan diri dalam program AWANIJr.

Malah mereka kini sanggup berbelanja untuk menambah baik studio mereka bagi memantapkan penyertaan mereka dalam AWANIJr.

Menurut Pengetua sekolah berkenaan, Noor Aza Abd Aziz berkata,apa yang dilakukan oleh Astro AWANI memang sesuatu yang amat dialu-alukan bagi menambah nilai dalam setiap diri pelajar di sekolah terbabit dan mencabar diri mereka untuk bersaing dikalangan pelajar seluruh negara.

"Saya sangat berbangga kerana Astro AWANI dan AWANIJr sudi hadir ke sekolah kami dan kami berharap ia akan memberi galakkan kepada pelajar kami untuk lebih giat lagi dalam menghasilkan video untuk dihantar ke AWANIJr," katanya.

Ia adalah satu usaha yang dipandang tinggi oleh Astro AWANI dalam mencungkil bakat dikalangan pelajar dalam industri penyiaran dan melatih mereka untuk lebih kreatif.Ia adalah suatu yang sangat bermanfaat bagi pelajar-pelajar kami".

Sebagai menghargai jasa Astro AWANI yang tidak meminggirkan karya video hasil pelajar-pelajar sekolah di seluruh Malaysia,Sekolah Menegah Sains Sultan Mahmud Terengganu telah memberi penghormatan kepada AWANIJr untuk merasmikan Studio baharu mereka iaitu Studio TVPSS MYSESMA pada Isnin.