Sutra.my, portal tempahan global "one stop" pertama di Malaysia, kini menawarkan perkhidmatan pembelian insurans perjalanan secara atas talian. Ini hasil kerjasama syarikat pelancongan milik Sutra Travel Management Sdn Bhd, Sri Sutra Travel (Sutra) dengan Hong Leong MSIG Takaful.

Perkhidmatan terbaru ini melengkapkan tawaran sedia ada portal berkenaan kepada pengembara tempatan serta luar negara.

Sutra.my yang dilancarkan pada Ogos 2015 menggunakan teknologi terkini, merupakan milik penuh Sutra.

Ia menawarkan lebih sejuta produk pelancongan seluruh dunia, kepada pengembara tempatan dan luar negara.

Istimewanya sutra.my, selain daripada dimajukan syarikat tempatan, ia menawarkan integrasi teknologi tempahan bukan sahaja penerbangan serta hotel, malah turut menawarkan tempahan pakej pelancongan, kereta sewa, bas ekspres, dan sebagainya.

Dengan capaian tempahan "real time" serta pilihan mod pembayaran yang pelbagai, semuanya dalam satu platform, pastinya menjadi pilihan pengembara yang mahukan "one-stop centre" untuk keperluan pengembaraan mereka.

Sebagai portal tempahan global "one-stop" pertama yang berpangkalan di Malaysia, dengan jangkaan 20 ribu pelawat setiap bulan, Sutra berhasrat untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan menyalurkan dana asing ke negara ini melalui platform ini.

Sutra juga berharap untuk membawa industri pelancongan Malaysia maju setapak lagi dengan mengintegrasikan teknologi ke dalam industri pelancongan.