Malaysia Airlines (MAS) hari ini menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati kepada keluarga dan rakan-rakan penumpang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.

Di dalam satu kenyataan media, MAS turut meminta pasukan AirAsia untuk terus tabah.

"Sebagai sebuah syarikat penerbangan yang baru-baru ini telah mengalami kesedihan yang amat besar, kami berdiri bersoliditari untuk mendoakan kesemua orang yang terlibat di dalam tragedi ini dan dengan pasukan AirAsia.

“Ini merupakan suatu masa sedih untuk semua orang yang bekerja dalam industri penerbangan dan untuk semua orang yang terbang .

"Kami menggesa semua orang untuk kekal kuat sepanjang masa yang amat mencabar ini dan untuk sentiasa menghormati keluarga yang sedang bersedih , " kata MAS .

Sementara itu, Airbus telah turut menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada mereka yang terlibat.

"Selaras dengan konvensyen antarabangsa , siasatan rasmi kemalangan ini sedang dipimpin oleh Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia ( NTSC ), yang akan disokong oleh agensi-agensi keselamatan antarabangsa yang berkaitan . Ini termasuk pihak berkuasa penyiasatan keselamatan Perancis BEA , yang merupakan pihak yang bertauliah yang mewakili keadaan reka bentuk dan pembuatan pesawat.

"Pendedahan semua maklumat lanjut berkaitan dengan perkembangan siasatan dan penerbitan penemuan akan dilaksanakan oleh NTSC.

"Kerana keselamatan adalah keprihatinan yang utama, Airbus mengesahkan lagi komitmen penuh untuk menyediakan semua bantuan teknikal kepada pihak penyiasatan untuk menentukan punca kemalangan tragik ini, " kata Airbus dalam satu kenyataan.