awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah

Gempak
Gempak
22/11/2023
09:32 MYT
Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah
Pasangan pengantin yang digelar Crazy Rich Surabaya, Ryan Harris dan Gwen Ashley, menjadi perhatian pengguna media sosial selepas majlis perkahwinan mereka tular. -Gempak
PASANGAN pengantin yang digelar Crazy Rich Surabaya, Ryan Harris dan Gwen Ashley sedang menjadi perhatian pengguna media sosial selepas majlis perkahwinan mereka tular.
Majlis pasangan yang berkahwin di Grand Ballroom The Westin Hotel Surabaya, Jawa Timur itu tular bukan hanya sebab didakwa telah membelanjakan jutaan ringgit, tetapi cara mereka meraikan tetamu yang hadir turut menjadi bualan hangat.
Menerusi foto dan video yang beredar di aplikasi TikTok dan sebagainya, pasangan tersebut telah menjemput tiga penyanyi antarabangsa iaitu Brian McFadden bekas anggota boyband Westlife, Keith Duffy dari Boyzone, dan Nicole Scherzinger sebagai penghibur.
Tidak cukup menerbangkan penyanyi luar negara, majlis itu malah dikendalikan oleh Raffi Ahmad dengan ramai artis Indonesia termasuk Raisa, Via Vallen dan Afgan juga hadir.
Paling epik, tetamu mendakwa pasangan tersebut melarang mereka yang hadir membawa hadiah atau wang sebagai tanda selamat buat perkahwinan mereka. Pesanan tersebut disertakan dalam kad jemputan yang diberi sebelum majlis.
Sebaliknya, pengantin memberi hadiah buat 2,000 tetamu iaitu piring dari jenama mewah terkenal dunia, Hermes!
Kemewahan majlis pasangan itu membuat banyak yang mencari tahu siapa Ryan dan Gwen.
Media tempatan melaporkan Ryan merupakan anak tunggal kepada bos penerbangan AirAsia Indonesia, Pin Harris.
Ryan juga merupakan seorang usahawan garam yang cukup besar di Surabaya, salah satu pemilik PT UnichemCandi Indonesia.
Sementara Gwen yang baru berusia 19 tahun merupakan anak seorang usahawan hartanah terkenal dari Surabaya. -Gempak
Topic Berkaitan
#AirAsia Indonesia
#Crazy Rich Surabaya
#Ryan Harris
#Gwen Ashley
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan