Pesawat AirAsia jenis Airbus A320-200 dengan nombor penerbangan QZ8501 adalah milik AirAsia Indonesia.
Membawa seramai 155 penumpang, ia sepatutnya berlepas dari Surabaya untuk menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.
Warganegara penumpang dan anak kapal adalah dari Singapura, Malaysia, Perancis, Korea Selatan dan Indonesia.
Kali akhir ia dikesan dalam saluran komunikasi dengan pihak kawalan lalu lintas udara (ATC) adalah ketika ia melintasi kawasan antara Tanjung Pandan, Pulau Belitung dan Pontianak di Kalimantan Barat.
KRONOLOGI
Pengarah Perhubungan Udara Djoko Murjatmodjo, Kementerian Perhubungan Indonesia dalam sidang media di Pejabat Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Wilayah II, Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, memberitahu bahawa:
Pada jam 5.36 pagi waktu tempatan, pesawat yang berlepas dari Surabaya menuju Singapura pada ketinggian 32,000 kaki. Pesawat dilaporkan mengikut laluan M635 yang biasa dilalui antara Surabaya dan Singapura.
Komunikasi terakhir dengan pihak kawalan lalu lintas udara (ATC) di Jakarta adalah pada jam 6.12 pagi. Juruterbang telah meminta untuk beralih ke arah kiri dan meminta izin untuk naik ke ketinggian 38,000 kaki.
Permintaan yang difahamkan untuk mengelak awan tersebut telah dipersetujui pihak ATC.
Pada jam 6.16 pagi, pesawat masih ada di dalam radar dan seminit kemudian ia hanya tinggal isyarat di dalam radar ATC.
Pada jam 6.18 pagi, pesawat didapati hilang dari radar dan yang tinggal cuma jejak laluan penerbangan. Data realisasi penerbangan juga tidak wujud dalam radar.
Pada jam 7.08 pagi, pesawat diletakkan dalam status fasa tidak pasti iaitu INCERFA berikutan kehilangan perhubungan. Pihak tahap awal hilangnya kontak, badan misi mencari dan menyelamat (SAR) sudah dihubungi.
Pada jam 7.28 pagi, status pesawat adalah ALERFA iaitu tahap selanjutnya yang menyatakan bahawa pesawat hilang hubungan.
Pada jam 7.55 pagi, pesawat dalam status DETRESFA iaitu sudah disahkan hilang secara rasmi.
Lokasi terputus hubungan terjadi ai antara Tanjung Pandan dan Pontianak. Pasukan SAR kini dalam misi mencari dengan mengharapkan isyarat daripada pemancar lokasi kecemasan (ELT). Setakat ini, isyarat tersebut belum dikesan.
KEADAAN CUACA
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik Wilayah Bangka Belitung, Indonesia menyatakan bahawa cuaca dalam keadaan buruk sewaktu pesawat sedang dalam penerbangan ke Singapura.
Di ruang udara wilayah tersebut, terdapat banyak pembentukan awan kumulus nimbus yang berisiko membahayakan penerbangan. Jenis awan tersebut mampu mencapai ketebalan antara 5 hingga 10 kilometer.
Begitupun, pesawat AirAsia model A320 merupakan pesawat canggih yang sudah dilengkapi radar cuaca yang baik.
REKOD PENERBANGAN
Pihak AirAsia Indonesia telah mengeluarkan maklumat mengenai jam penerbangan bagi juruterbang Airasia QZ8501. Menurut mereka, Kapten Irianto sudah menyempurnakan 20,537 jam penerbangan dengan khidmat bersama AirAsia Indonesia selama 6,053 jam.
Sementara itu, pembantu juruterbang Remi Emmanuel Plesel mempunyai jam penerbangan sebanyak 2,247 jam.
USAHA SAR
Badan SAR Nasional (Basarnas) Wilayah Bangka Belitung bimbang keadaan cuaca buruk dan gelombang tinggi menjadi halangan dalam operasi SAR pesawat AirAsia QZ 8501 yang hilang sewaktu dalam penerbangan ke Singapura.
Ketua Basarnas, Jhoni Supriadi di Pangkalpinang memberitahu, gelombang setinggi lebih dua meter menjejas kelancaran kapal yang menuju ke titik akhir penerbangan pesawat.
Menurutnya, keadaan cuaca normal memerlukan kira-kira empat jam untuk sampai ke lokasi dan cuaca yang buruk dikhuatiri akan menggandakan tempoh masa tersebut.
Menerusi satu sidang media pada jam 6.30 petang, Djoko berkata misi SAR disambung pada Isnin oleh kerana ia sudah masuk 12 jam dan belum membuahkan hasil.
FAKTA RINGKAS
Nama penerbangan : Penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501
Jenis Pesawat : Pesawat Airbus 320-200
Nombor Pendaftaran : PK-AXC
Jadual penerbangan : Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya, Indonesia
Destinasi Penerbangan : Lapangan Terbang Changi, Singapura
Jumlah penumpang : 162 orang (155 penumpang, dua juruterbang dan lima kru kabin)
Warganegara penumpang : 156 Indonesia, Korea Selatan (3), Singapura(1), Malaysia (1) dan Perancis (1)
Waktu perlepasan : 5.35 pagi (waktu Indonesia)
Waktu dijadual tiba : 8.30 pagi (waktu Singapura)
Astro Awani
Sun Dec 28 2014

Pesawat AirAsia QZ8501 membawa seramai 155 orang penumpang dari Surabaya menuju ke Singapura sebelum dilaporkan hilang.
Dua maut, lapan cedera pesawat kecil terhempas di San Diego
Pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian kira-kira 4 pagi sejurus menerima panggilan kecemasan.
Banjir Australia ragut 4 nyawa
Banjir besar akibat hujan lebat selama tiga hari di tenggara Australia mengorbankan empat nyawa, memutuskan hubungan beberapa bandar dan memerangkap puluhan ribu penduduk.
5 pemain negara lawan Man Utd di Bukit Jalil
Lima pemain kebangsaan dipilih wakili ASEAN All-Stars menentang Manchester United pada Maybank Challenge Cup di Bukit Jalil, dalam aksi epik bola sepak serantau 28 Mei ini.

Mengaku gugur kandungan, barista dipenjara sembilan bulan
Seorang barista dipenjara sembilan bulan atas kesalahan menghalang kandungannya yang berusia lima bulan dilahirkan dengan menggugurkannya.
Pejabat Rafizi tak pernah kosong
Najib Bakar menafikan dakwaan Rafizi Ramli mahu meletak jawatan, menjelaskan pejabat hanya dikemaskan untuk sambutan Aidilfitri dan tidak pernah dikosongkan sepanjang cuti menteri itu.
Najib failkan permohonan dakwa Terrirudin hina mahkamah
Najib Razak memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding hina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara, Ahmad Terrirudin, berkaitan isu pelaksanaan Titah Adendum oleh Agong ke-16.
Malaysia sasar 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik menjelang 2025
Malaysia komited jadi hab EV serantau dengan sasaran 10,000 stesen pengecas menjelang 2025,

Seorang lagi suspek kes simbah asid di Bachok direman seminggu
Seorang lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian menyimbah cecair dipercayai asid terhadap pemilik spa di Bachok Sabtu lepas, direman.

Proses pemilihan kepimpinan PKR lancar, terkawal - Fahmi
Proses pengundian bagi pemilihan kepimpinan baharu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sesi 2025-2028 berjalan lancar dan terkawal.

Cadangan mansuh benarkan ahli baharu PKR bertanding akan dibincang - Anwar
Cadangan supaya kuasa Presiden PKR untuk membenarkan ahli baharu bertanding dalam pilihan raya dan pemilihan parti dimansuhkan akan dibincangkan lebih lanjut dalam mesyuarat parti.

AirAsia meterai RM99.5 juta kontrak perkhidmatan carter dengan ATM
AirAsia memeterai kontrak perkhidmatan carter dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai RM99.5 juta.

Capital A luas pasaran di Arab Sudi, teroka laluan baharu AirAsia, pelan logistik
Capital A Bhd (Capital A) hari ini mengumumkan rancangan pengembangan ke Arab Saudi dengan laluan baharu AirAsia ke Riyadh dan Dammam serta lebih banyak penerbangan Kuala Lumpur-Jeddah.

Capital A sasar selesaikan pelan penyusunan semula menjelang Jun - Tony Fernandes
Capital A Bhd berada di landasan untuk menyelesaikan cadangan penyusunan semulanya menjelang Jun 2025.

Naik taraf lapangan terbang Ipoh selesai - MAHB
Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh telah menyiapkan projek pengoptimumannya, satu inisiatif bertujuan untuk meningkatkan fungsi, kapasiti dan keselesaan keseluruhan lapangan terbang itu.

AirAsia sahkan tiada kebakaran enjin pada penerbangan AK128
AirAsia berkata pesawat terpaksa berpatah balik berikutan masalah teknikal pada satu daripada enjin yang mencetuskan isyarat luar biasa.

Enjin kanan terbakar, pesawat AirAsia lakukan pendaratan cemas
Pesawat Airbus A320-216 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Shenzhen, China itu terpaksa berpatah balik malam tadi selepas mengalami kebakaran pada enjin kanan.

MAHB sedang muktamadkan syarikat ambil alih slot penerbangan di Subang
MAHB kini dalam proses memuktamadkan pemilihan syarikat penerbangan tempatan atau antarabangsa untuk mengambil alih slot sedia ada di Lapangan Terbang Subang (SZB) tidak lama lagi.

AirAsia komited perkasa lebih banyak kerjasama dalam arena sukan negara
Syarikat penerbangan tambah murah itu akan cuba menyokong bakat tempatan dalam e-Sukan, UFC yang sudah berada dalam perancangan .

AirAsia diharap mempertimbangkan semula keputusan gantung penerbangan Ipoh-Singapura - Exco
Katanya kerajaan negeri tidak dimaklumkan mengenai keputusan itu dan ia diharap hanya pendekatan sementara bagi penyusunan semula strategi.

Arab Saudi dilapor mungkin melabur pada AirAsia
Langkah ini juga selari dengan peralihan Arab Saudi dalam menarik lebih ramai pelancong ke negara mereka kebelakangan ini.